I Cara Rafizi diperlakukan polis memilukan rakyat Malaysia. Rafizi dicekup ketika mahu pulang dari sidang di luar pagar Parlimen. Khabarnya, 10 pegawai polis menahan dan mengarahkan beliau keluar dari kereta dan menaiki kenderaan polis yang menunggu. Beliau kemudiannya dibawa pergi. Buat seketika, tiada apa-apa berita tentang lokasi beliau. Rakyat Malaysia jadi cemas, takut perkara yang […]

 Video by TestTube News

I Bahang kota raya Kuala Lumpur memuncak dek terik mentari dan haba manusia. Bayu yang mendiam dan fenomena El-Nino tidak membantu. Di pinggir Dataran Merdeka pada hari yang sama, tanggal 2 April 2016 berlangsunglah himpunan #UndurNajib #MansuhGST. Biarpun tidak semeriah Bersih 4, atau setegang Bersih 2.0, mahupun sebesar Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 –  himpunan ini […]

Hidup rakyat Malaysia kala ini terjerat. Demokrasi yang kononnya diamalkan tidak berfungsi seperti sepatutnya. Rakyat tidak mempunyai suara dalam mencorak dasar, apatah lagi hala tuju negara. Pandangan rakyat tentang ekonomi, pendidikan, keselamatan dan soal-soal pentadbiran tidak diendahkan. Ruang demokrasi sebagai rakyat hanya terbuka sekali dalam lima tahun iaitu semasa pilihan raya umum. Pilihan raya yang […]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca sekalian; Andai jemari tak sempat berjabat, Jika raga tak bisa bersua, Andai kata membekas luka, Ku pohon ampun sepenuh jiwa. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015/ 1436H. MAAF ZAHIR & BATIN.

Ketika artikel ini ditulis, Pakatan Rakyat baru sahaja terbubar. Secara ringkas; puncanya adalah perbalahan DAP-PAS yang berkisar tentang HUDUD – DAP putuskan hubungan dengan Presiden PAS, PAS kemudiannya meluluskan usul putus hubungan dengan DAP di Muktamar 2015, DAP umum Pakatan Rakyat bubar – dan, segala apa sebelum dan antaranya. Tiada ruang kompromi antara DAP dan […]

Minat rakyat Malaysia terhadap politik dilihat menurun selepas PRU-13. Penglibatan yang dahulunya hangat (memuncak sekitar tahun 2008-2013), kini suam-suam sahaja. Dahulu, setiap isu dibahaskan dengan teliti, tidak kiralah di kedai kopi ataupun di media sosial – kini seperti ‘acuh tak acuh’. Bukan tiada isu-isu mendesak. Cukai GST, kepincangan proses perundangan dan eksploitasi akta hasutan, antaranya. […]