Category Sosial & Kehidupan

Kaji Selidik Penulisan: Fiksyen Projek 1. Draf 1 – Sinopsis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Anda dijemput untuk menyertai Kaji Selidik Penulisan: Fiksyen Projek 1. Draf 1. Cara: Baca Bab I, II dan III. (sekurang-kurangnya 1 bab) Lengkapkan borang kaji selidik. Identiti anda tidak akan diketahui sesiapa walaupun kepada penyelidik. Oleh itu, berilah maklum balas sejujurnya. Penyertaan anda amatlah saya hargai.  Terima Kasih!  – DR. AZLIE […]

Cerpen: Dari Pudu ke KLCC

I Aku tiba di Puduraya jam 6.30 petang, tepat pada waktu bertolak bas yang sepatutnya membawa aku ke Kuantan. Cadangnya ingin tiba lebih awal, tetapi perjalanan ke Puduraya luar biasa sesaknya. Sepatutnya aku lebih bijak meramal keadaan trafik pada hari itu – hari Jumaat, ambang cuti Tahun Baru Cina. Teruskan membaca..  

Tekad, Rasional dan Paradigma

Perubahan adalah lumrah kehidupan. Fisikal, pemikiran, emosi dan spiritual manusia berubah mengikut peringkat kehidupan dan peredaran zaman. Perubahan bukanlah persoalan. Ia konstan kata Albert Einstein. Tumpuan sebenar adalah kepada haluan perubahan. Adakah kita berubah kearah positif atau negatif? Kebaikkan atau keburukkan? Setiap kita ingin maju ke arah yang positif. Bukan itu sahaja, kita ingin melihat […]

Lawak Keterlaluan di Radio

Radio sudah menjadi sebahagian dari hidup kita. Bicaranya menjangkaui segenap lapisan masyarakat. Ke mana sahaja seseorang pergi, pasti akan kedengaran radio. Restoran, gedung beli-belah, pejabat, lapangan terbang, stesyen bas – di mana-mana sahaja. Di kota, tatkala terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, radio-lah menjadi teman hati. Radio kebelakangan ini dipenuhi lawak murahan. Dengarkan stesyen radio perdana […]

Kepuasan Segera

‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’ Gaya hidup masyarakat kita telah banyak berubah. Antara unsur yang semakin menular adalah kecenderungan mengejar kepuasan segera. Kepuasan, keseronokkan dan kegembiraan, ingin dikecapi dalam masa sesingkat, dengan usaha seminima mungkin. Teknologi, pengaruh pengiklanan, media massa, pola pendidikan, perkembangan ekonomi dan pengaruh globalisasi menyumbang kepada budaya ini. Kesan-kesan negatifnya […]

Belia Malaysia Gemuk

Menurut pemerhatian saya, belia Malaysia, iaitu mereka yang berusia 20 ke 40 tahun – hampir kesemuanya gemuk-gemuk. Pada mulanya, saya beranggapan bahawa belia Melayu sahaja yang mempunyai masalah kegemukkan. Tetapi, apabila diteliti,  belia Cina dan India juga menghadapi masalah yang sama. Dalam mencari jawapan, saya bertemu dengan beberapa statistik. Diwartakan bahawa 29.4% rakyat Malaysia mempunyai […]

Toleran atau Takut?

Penyelewengan dan ketidakadilan berlaku secara berleluasa di negara kita. Pelbagai ketirisan dan kes-kes rasuah dilaporkan, namun, pembazir dan  perasuah bebas begitu sahaja. Keperluan asas rakyat dijadikan lubuk mengaut untung para kroni melalui projek-projek penswastaan. Hasil-hasil bumi dibolot segelintir manusia. Pemberian tender-tender kerajaan, pembiayaan projek-projek mega dan intipati rundingan antarabangsa – semuanya rahsia. Kegawatan ekonomi dan […]