Penyusunan semula politik Melayu pasca Pakatan Rakyat

Ketika artikel ini ditulis, Pakatan Rakyat baru sahaja terbubar. Secara ringkas; puncanya adalah perbalahan DAP-PAS yang berkisar tentang HUDUD – DAP putuskan hubungan dengan Presiden PAS, PAS kemudiannya meluluskan usul putus hubungan dengan DAP di Muktamar 2015, DAP umum Pakatan Rakyat bubar – dan, segala apa sebelum dan antaranya.

Tiada ruang kompromi antara DAP dan PAS. Ketiadaan TG Nik Aziz dan DS Anwar Ibrahim menyukarkan lagi usaha damai. Walaupun agak mustahil, KEADILAN cuba menjadi orang tengah. Tetapi, usaha tersebut gagal. Akhirnya, KEADILAN mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud.

Ramai dikalangan rakyat yang kecewa. Mana tidaknya, majoriti rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat pada PRU-13 (baca: undi popular). Rakyat mahukan perubahan. Kini, harapan tersebut tampak malap. Ramai yang marah kerana rasa tertipu. Secara peribadi, saya amat kecewa kerana setelah sekian lama diperdaya, DAP dan PAS masih terpedaya dengan umpan sentimen agama dan perkauman UMNO/BN.

Akan tetapi, semuanya sudah berlalu. Meratapi perkara yang sudah berlalu adalah perbuatan sia-sia. Oleh itu, marilah kita ‘move forward’ – maju ke hadapan.

Pembubaran Pakatan Rakyat ini bakal mencetus penyusunan semula Politik Melayu kerana kini, orang Melayu mempunyai banyak pilihan. Antara UMNO, PAS, DAP atau KEADILAN, pihak manakah yang bakal ‘didaulatkan’ sebagai pelindung orang Melayu?

UMNO terbukti gagal membela bangsa Melayu. Biarpun memegang mandat pemerintahan selama 60 tahun, nasib orang Melayu semakin parah. Kronism dan rasuah membarah dalam UMNO. Peluang yang disediakan untuk orang Melayu digondol pemimpin UMNO demi mengaut kepentingan peribadi, keluarga dan kroni. Untuk mengekalkan kuasa, mereka menakut-nakutkan orang Melayu – itu sahaja. Ternyata, UMNO bukanlah pelindung orang Melayu.

Pilihan seterusnya adalah PAS. PAS tepu dan ketandusan idea. Sejak dahulu, ia mempertaruhkan agama bagi meraih sokongan. PAS gagal meneliti aspirasi dan permasalahan orang Melayu – apatah lagi menjuarainya? Orang Melayu mahukan perubahan yang mampu meningkatkan kualiti hidup, bukannya Hudud semata-mata. Dalam pentadbiran, rekod PAS tidak baik. Dari sudut politik, PAS saban kali dipermainkan UMNO. PAS juga sering membuat keputusan mengikut perasaan. Contohnya, usul yang diluluskan tanpa bahas di Muktamar 2015. Disebabkan emosi, PAS terjerat dengan permainan politik sendiri.

Dalam pada itu, DAP cuba mempengaruhi orang Melayu dengan menonjolkan pemimpin-pemimpin Melayu, terutamanya ikon-ikon menarik, muda dan cun. Kemasukkan Sasterawan Negara A. Samad Said baru-baru ini merupakan pencapaian besar kepada initiatif tersebut. Walau bagaimanapun, DAP mempunyai masalah imej kerana tingkah lakunya yang ekstrim dan chuavinis.

KEADILAN menawarkan opsyen politik segar dan terbuka kepada orang Melayu. Bukan seperti politik lama yang menjurus kepada segmen kaum tertentu, fokus KEADILAN adalah kepada aspirasi dan permasalahan rakyat secara menyuluruh. Buat orang Melayu, mereka berpeluang untuk bekerjasama dan bersaing dalam politik bersama kaum-kaum lain. Ini secara lansung membina jati diri.

Oleh kerana ia (secara relatif) sebuah parti baru, KEADILAN terbuka kepada idea dan perbezaan pendapat. Keterbukaan kepada budaya dan pemikiran sebegini menghasilkan falsafah perjuangan yang dinamik, selari dengan perkembangan dunia masa kini.

Barisan pemimpin pelapis KEADILAN dilihat mantap. Personaliti-personaliti seperti Rafizi Ramli dan Nurul Izzah, walau pada usia muda, menunjukkan ketokohan yang tinggi. Bukan sahaja berketerampilan, isu-isu yang mereka perjuangkan sentiasa segar, progresif dan relevan. Pendeknya, KEADILAN mempunyai unsur-unsur sebuah parti masa hadapan.

Wadah baru politik Melayu haruslah berpendirian – bukan sekadar  ‘pemanas kerusi’ di persidangan atau ‘yes men’ pada perjanjian antarabangsa. Sudah banyak kepentingan negara tergadai. Antaranya, perairan Pulau Batu Putih dan tanah KTM di Tanjong Pagar, Singapura. Apakah pula yang bakal terjadi pada perjanjian TPPA dengan Amerika nanti?

Dalam kemulut kepimpinan sekarang, ada segelintir pemuka yang cuba melibatkan institusi istana – hingga ada yang mencadangkan supaya negeri Johor keluar dari Malaysia. Ini tidak menyelesaikan masalah, malah, berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Malaysia adalah negara Demokrasi Raja Berpelembagaan. Sistem sedia ada sudah baik – di mana pemimpin pilihan rakyat menggalas tanggungjawab pentadbiran, manakala institusi Raja bertindak sebagai simbol negara. Lagipun, struktur feudal yang vertikal dengan golongan bangsawan memerintah dan rakyat bawahan taat menurut perintah – tidak lagi sesuai pada era globalisasi yang mengutamakan integriti, ketelusan, kebertanggungjawaban dan keterbukaan pemikiran. Maka, janganlah kita rendahkan institusi Raja dengan mengheret mereka ke kancah politik demi agenda peribadi segelintir oportunis dan kaki ampu.

Gambaran besarnya; – politik Melayu bakal berubah pasca pembubaran Pakatan Rakyat. Apabila diteliti, tanpa prejudis, KEADILAN muncul sebagai pilihan terbaik untuk masa depan Melayu. Kini terpulanglah kepada orang Melayu. Adakah mereka ingin terus bergelumang dalam politik sentimental atau memilih untuk berubah?

Wallahu a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: