Apa masalah Petronas dengan orang Melayu, wahai Tun Mahathir? – Dr Dzulkefly Ahmad

Dr Dzulkefly Ahmad, 09 Nov 2013.     HarakahDaily

Sekali lagi isu Petronas yang didakwa tidak membantu bahkan meminggirkan syarikat-syarikat Melayu terpapar di dada akhbar. Kali ini yang membuat kenyataan itu tidak lain dari Penasihat Petronas sendiri Tun Mahathir. Sangat pelik tetapi benar. Aduan dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), pemilik syarikat vendor bumiputera dan pengusaha stesen minyak Petronas.

Ini bukan kali pertama aduan dan gesaan dibuat oleh MTEM dan pihak-pihak yang didakwa. Untuk tahun ini sahaja sudah tiga kali.Bermula bulan Februari dan berlanjutan ke bulan Mac.

Menjadi lebih mengaibkan kerana yang membuat gesaan dan kritikan itu adalah Penasihat Petronas sendiri. Sukar membaca maksud disebalik laporan seperti ini. Apakah Tun sudah tidak punya ‘aura’ atau ‘pengaruh’ dalam Petronas lagi ataukah Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO baru ini memang jenis tak layan gesaan atau ‘ugutan’ orang politik. Sukar juga untuk membuat penilaian yang tepat dan adil.

Apa pun, saya selaku Pengarah Pusat Penyelidikan telah pun membuat beberapa gesaan secara terbuka kepada Petronas. Masih saya ingat bulan Mei (29hb) penulisan kami terbit di dua portal news The Malaysian Inisders dan Harakahdaily dan dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan lain. CEO Petronas Tan Sri Shamsul Azhar sendiri menjawab tulisan kami.

Buat peringatan umum, Petronas diperbadankan pada 17 Ogos, 1974 sebagai syarikat minyak nasional Malaysia, mendapat hak keseluruhan pemilikan dan kawalan sumber petroleum di negara ini. Ia telah berkembang daripada hanya menjadi pengurus dan pengawal selia sektor huluan Malaysia kepada syarikat minyak dan gas bersepadu sepenuhnya dan dalam senarai Fortune Global 500 syarikat terbesar di dunia.

Kini Petronas didakwa oleh Penasihatnya semacam ‘tersepit’ dan ‘serba salah’ diantara memperjuangkan objektif asasnya untuk meningkatkan komuniti perniagaan Bumiputera dengan membuka perniagaan bagi penyertaan asing sejajar dengan pelan globalisasi perniagaannya.

Baca seterusnya…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: