Antara punca Melayu murtad: Sebuah nukilan dan renungan.

Nukilan

Semalam, selepas solat Isyak di perkarangan Masjid Negeri, saya disapa seorang lelaki yang diiringi 2 orang anaknya yang berusia sekitar 5 dan 7 tahun. Lelaki ini kelihatan sugul. Beliau bertanya kepada saya, “di manakah tempat untuk meminta pertolongan?”

Setelah bertanya, saya dapati bahawa beliau dan anak-anaknya berasal dari Melaka dan datang ke negeri ini untuk mencari isterinya yang hilang. Beliau telah kehabisan duit dan ingin meminta bantuan tempat bermalam dan bekalan wang untuk pulang ke Melaka.

Saya secara spontan menghulur sedikit wang. Terlihat diwajah dan gerak gerinya ada segan dalam menerima sumbangan saya. Mungkin kerana anak-anaknya ada di situ. Sepatutnya saya lebih berhikmah. Keikhlasan luahan ‘tiada niat meminta duit, cuma ingin tahu dimana boleh diminta pertolongan di waktu itu (malam hari)’, masih menusuk hati.

Saya cadangkan beliau bertanya kepada Imam Masjid, mana tahu di sana ada disediakan tempat menginap dan bantuan kewangan dari pihak masjid. Menurut beliau, sudah tiga Iman beliau berjumpa. Malangnya tiada dikalangan Imam tersebut yang mampu memberi pertolongan yang diinginkan. Beliau ditawarkan wakaf (pondok terbuka) di perkarangan masjid untuk menginap. Beberapa malam yang lepas, beliau dan anak-anaknya pergi berteduh di perkarangan Hospital Besar.

Beliau juga telah ke balai polis meminta bantuan. Pihak polis membawa mereka ke pejabat zakat. Malangnya, pejabat zakat tidak dapat memberi wang secara lansung. Proses permohonan mengambil masa beberapa hari sebelum ia boleh diluluskan.

Saya mengajak beliau berjumpa dengan Pegawai Keselamatan masjid, manalah tahu dia dapat mencadangkan sesuatu. Lelaki itu berkata, beliau telah pun berjumpa dengan Pegawai Keselamatan. Walau tiada banyak yang dapat dibantu, lelaki yang susah ini amat berterima kasih kepada Pegawai Keselamatan tersebut. Selama ini, Pegawai Keselamatan itulah yang memberi beliau seringgit dua untuk makan anak-anak beliau.

Fikir punya fikir, saya syorkan beliau ke Hospital dan Klinik (swasta) kepunyaan Jabatan Agama yang tidak jauh dari situ, dengan harapan mereka dapat membantu memandangkan institusi-institusi ini mewakili Islam, walaupun beroperasi secara swasta.

Beliau pun meminta diri. Ingin ke gerai makan bagi mengisi perut anak-anaknyanya sebelum ke tempat yang saya cadangkan, katanya. Setelah memberi salam, beliau pun beredar. Saya hanya dapat perhatikan sahaja kelibat tiga beranak ini berlalu pergi.

Terduduk saya. Teharu mengenangkan musibah yang melanda mereka. Sedih kerana kudrat untuk membantu tiada pada saya.

 

Renungan.

Termenung jauh dibuatnya. Apakah tanggungjawab sebagai saudara seagama telah saya laksanakan? Dimanakah badan-badan dan institusi agama kita?

Kesal apabila Masjid Negeri yang tersergam indah, tidak dapat menyediakan tempat untuk umatnya berteduh. Bantal dan selimut sudah cukup selesa bagi lelaki dan anak2nya itu jika dibenarkan tidur di masjid, walau diceruk manapun. Tambang bas ke Melaka bukannya tinggi. Pada firasat saya, tidak sampai RM100 untuk 3. Bukankah kutipan tabung masjid mencapai ribuan ringgit tiap kali Solat Jumaat?

Teruk sangatkah birokrasi di pusat zakat?  Bukankah objektif utama pusat zakat ialah memberi bantuan kepada fakir miskin dan musafir? Jika benarlah kata lelaki itu, maka sungguh tidak effisien pusat zakat kita. Teringat kisah pemeritahan Islam zaman sahabat. Duit baitulmal akan diberi kepada orang susah secara terus, pada asas ‘tanpa soalan’. Apa yang yang nak diproseskan?

Di mana pula Jabatan Agama? Tiadakah cawangan hal ehwal kebajikan? Elok jika dibuka pejabat khas di Masjid Negeri. 24 jam. Ramai orang susah ke Masjid Negeri kerana ia ditengah bandar. Mudah orang ke sana.Dilihat sekarang Jabatan Agama sudah maju berniaga. Ada hospital dan klinik swasta, hingga hotel pun ada. Pasti keutungan yang melimpah dapat digunakan untuk menolong umat. Bukan setakat untung berniaga, biaya kerajaan juga diterimanya. Mungkin, makenisme penyaluran bantuan sahaja yang perlu diperkasakan. Dana, bukannya masalah.

Bukannya saya ingin menyalahkan Masjid, Pusat Zakat atau Jabatan Agama. Jauh sekali. Sengaja tidak dinyatakan secara spesifik dimana (negeri) berlakunya insiden ini. Ini kerana, saya tidak berniat untuk memburukkan mana-mana institusi Agama. Mana mungkin. Saya banyak mengambil manafaat dari organisasi-organisasi ini terutamanya Masjid Negeri dan Jabatan Agama, melalui siri-siri pengajian dan kursus-kursus yang dianjurkan.

Cuma, saya terpanggil untuk menyuarakan kepincangan ini supaya kita sama-sama bermuhasabah kerana impak negatifnya amat merugikan Islam.

Bagaimana jika lelaki tadi, kerana tiada bantuan, pergi ke Gereja? Saya pasti gereja akan menyambut mereka dengan tangan terbuka. Bukan sekadar makanan, tempat tinggal akan diusahakan dan entah-entah teksi mewah akan disewa untuk membawa mereka pulang ke Melaka. Kalah kita dalam berbudi. Janganlah selepas itu kita menuduh pihak gereja, secara total, sengaja ingin murtadkan mereka. Ikhlas, jika inilah normanya, tidakkah kita mempunyai saham dalam usaha memurtadkan saudara-saudara kita?

Renung-renungkanlah.

Semoga Allah SWT melindungi dan memberi pertolongan kepada lelaki dan anak-anaknya itu. Amin.  Astaghfirullah. Wallahu a’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: