Teruja, tersilap kata

Apabila teruja, pertimbangan akal seseorang akan berkurang. Ini adalah lumrah manusia dan ia sering dieksploitasi. Contohnya, pegawai pemasaran MLM (multi level marketing) akan mempromosi produk dengan janji dan testimoni yang mengujakan. Pembeli yang teruja menjadi hilang kawalan hingga sanggup menghabiskan wang untuk produk yang tidak seberapa.

Keadaan teruja inilah yang kita perlu berhati2. Bukan sahaja dalam mengawal diri dari tertipu, juga dari menyakiti saudara mara dan rakan taulan dengan kata2 dan jenaka yang tidak bertempat. Apabila teruja, kuranglah akal fikiran dan mudahlah kita tersilap kata.

Situasi ini selalu terjadi di media2 sosial seperti di Facebook, Twitter dan sebagainya. Kadang2, tiada niat untuk mengguris hati, tetapi apakan daya, tersilap kata, buruk padahnya.

Media sosial pula berteraskan komen spontan dan ringkas. Ini sedikit sebanyak mendorong si penulis tersilap komen dan si pembaca tersilap erti dan intrepitasi. Tidak hairanlah Facebook dan Twitter menjadi punca pelbagai perselisihan dan perceraian.

Tidak dinafikan masyarakat kita mudah terasa. Ini hakikat turun temurun. Yang boleh diubah adalah kita. Pertama, jangan mudah terasa dan yang lebih penting adalah berjaga2 bila mengeluarkan komen dan berjenaka di media sosial. Apabila teruja, berhenti sejenak dan fikirlah dahulu sebelum menulis.

Bak kata bapa saya, ‘Jangan terlalu suka, kerana suka lawannya duka’.

Wallahu a’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: