Elok dipercepatkan sahaja PRU-13

Melihat kepada sentimen2 yang dimainkan, eloklah pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) dipercepatkan. Hanya untuk memancing undi, agama diniagakan dengan harga yang rendah.

Jika duhulu, mengaibkan pihak lawan dengan skandal2 seks dan penyalahgunaan kuasa menjadi modus operandi, kini agama pula yang dipertaruhkan.

Isu kalimah Allah sudah menjadi parah. Entah boleh atau tidak, tiada siapa yang tahu. Cendiakawan dan ilmuan Islam semuanya bertelagah. Yang dikesali, pertelagahan ini berpandukan garis-sempadan politik. Takwa bukan lagi asas perdebatan agama. Persepsi politik lebih dipentingkan.

Agenda perpaduan ummah tiba2 pula dilaung2kan. Bukankah sistem demokrasi bersifat partisan. Tidak mungkin kita bersatu, lebih2 lagi jika politik diutamakan dari segala sesuatu. Semakin rancak demam pilihanraya, semakin tidak bersatulah umat Islam. Tidak hairanlah jika isu kafir-mengkafir 20 tahun yang lalu boleh dihidupkan semula.

Sekarang, isu Palestin pula dipolitikkan. Sudah2 lah. Rata2 umat Islam sudah mual dengan sentimen menjual agama dengan harga yang murah ini. Elok dicepatkan sahaja pilihanraya!

Inilah Malaysia, infrastuktur nampak gah tetapi pentadbiran, sah kelas ketiga. Yang menyedihkan tiada aspirasi lansung untuk maju. Jika dinegara maju isu2 cukai, pendidikan, kesihatan dan ekonomi diutamakan, kita asyik berdebat isu2 sensitif yang menyebabkan kekeliruan dan ketegangan etnik dan agama.

Penulis berharap semoga PRU-13 dipercepatkan supaya isu2 ini dapat ditutup dan rakyat boleh meneruskan hidup yang sudah sememangnya sukar dengan aman.  Amin..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: