Fenomena populariti buku Islamik

Populariti buku2 Islamik dilihat begitu tinggi kebelakangan ini. Ia terbukti dengan percambahan kedai2 buku Islamik diseluruh negara. Pesta2 buku Islamik juga mendapat sambutan luar biasa. Peningkatan permintaan dan pasaran ini telah mempengaruhi gedung2 buku kapitalis,  hinggakan rangkaian gedung buku yang logonya berbahasa cina mula menjual Al-Quran sekarang. Gedung buku di pusat2 membeli belah yang dahulunya gah memamerkan buku2 motivasi, biografi, kaedah2 mudah perniagaan dan fiksyen luar negara kini memaparkan buku2 agama di rak2 utama.

Fenomena ini terhasil oleh beberapa faktor. Faktor utama adalah kejayaan usaha para pendakwah. Mereka yang kini berstatus selebriti dahulunya kerap turun padang, menjelajah ke pelusuk negara menyebarkan dakwah. Penerimaan positif masyarakat kepada siri2 ceramah mereka mendorong kepada penubuhan rangkaian television seperti TV9, Astro Oasis dan TV Al-Hijrah, dan stesyen radio seperti Ikim fm. Usaha2 persendirian pula  menyumbang kepada kerancakkan klip2 ceramah di Youtube dan Facebook. Dengan adanya saluran2 ini, penyebaran ilmu Islamik berkembang dengan pesatnya. Masyarakat yang sudah sedia minat mula terarah kepada medium bacaan untuk mendalami ilmu agama.

Transformasi kecenderungan ini juga terhasil dari kesedaran masyarakat terhadap sistem hidup mereka. Dunia yang dicita2kan dan dikejar dilihat tidak lagi mampu memberi kebahagiaan atau kepuasan hakiki. Pencarian erti hidup ini mengarahkan mereka kepada ilmu2 Islamik.

Fenomena ini juga berkaitan dengan sifat generasi remaja dan dewasa masakini. Mereka dilihat minat membaca dan diskusi ilmiah. Dengan meningkatnya kuasa ekonomi , mereka kini mampu membeli buku2 keinginan.

Buku2 Islamik walaupun padat dengan hikmah,  murah jika dibandingkan dengan buku2 dari luar negara. Untuk RM100, seseorang boleh membeli 4 buah buku Islamik. Belum tentu ia dapat membeli satu buku import dengan jumlah yang sama. Ini menguatkan persaingan dan kebolehpasaran buku2 Islamik.

Penerbit buku2 Islamik kontemporari juga perlu diberi kredit. Pencetakkan buku dengan gaya dan persembahan yang menarik banyak mempengaruhi minat masyarakat. Buku2 Islamik bukan lagi kitab2 yang dipenuhi huruf2 dan perkataan semata. Kini, buku2 Islamik mempunyai muka yang berwarna-warni, isian bergambar, serta helaian2 yang berbunga2 sempadannya. Bukan itu sahaja, bahasa penyampaian juga dilihat efektif, bersesuaian dengan dialek semasa.

Faktor2 tersebut adalah sebahagian penyumbang kepada populariti buku Islamik kebelakangan ini. Apa yang dibimbangi adalah fenomena ini akan hanya menjadi suasana keterujaan yang bersifat sementara. Lihat sahaja kepada fenomena buku2 motivasi yang merudum secara mendadak akhir2 ini. Diharap, minat kepada ilmu2 Islamik ini tidak menghadapi nasib yang sama.

Bagi menghalang kemerosotan minat terhadap buku2 Islamik dimasa hadapan,  strategi harus difikirkan dari sekarang. Usaha2 dan penat lelah yang telah dimulakan oleh pendakwah, penerbit, pengarang, penterjemah dahulu harus diteruskan dan ditambah baik mengikut peredaran zaman. Kualiti penerbitan perlu dipastikan pada tahap terbaik. Pada masa yang sama, harga buku2 Islamik ini harus dikekalkan kompentetif.

Isi kandungan buku2 Islamik merupakan tunjang kepada kesinambungan penerimaannya. Pengisian yang berkualiti wajib ditekankan. Peningkatan perincian dalam buku2 ini haruslah bersesuaian dengan perkembangan ilmu dan tahap kefahaman masyarakat. Disini, para penerbit dan editor perlulah menyaring pengarang dan hasil tulisan mereka, dimana hanya yang berkualiti sahaja diterbitkan. Pada masa yang sama usaha menterjemah beserta ulasan dan syarah teks2 klasik  dari luar negara yang berimpak besar seperti karangan Imam Al-Ghazali, Ibn Qayyim, Syed Qutb, Dr. Yusuf Al-Qardhawi dan sebagainya mesti diteruskan. Karya2 seperti ini bukan sahaja dapat menambah kefahaman agama, ianya juga membuka minda masyarakat dalam menempuh fitnah kehidupan masakini.

 Kualiti adalah kuncinya. Jika kualiti mula menurun, minat kepada ilmu keagamaan akan turut merudum. Masyarakat akan berprasangka bahawa ketepuan buku2 Islamik ini hanyalah perancangan penerbit yang ingin menjual buku dan mengaut keuntungan sahaja.

Melalui strategi dan usaha yang Istiqomah (seperti yang dibincangkan), minat terhadap ilmu keagamaan khususnya melalui buku2 Islamik akan terus berkembang.  InsyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: