Banjir lagi

Setiap tahun bila tibanya musim tengkujuh, cerita banjir akan memenuhi dada2 akbar dan berita tv. Negeri2 Pantai Timurlah yang selalunya menjadi mangsa bencana ini.

Jika diamati, magsa2 ini adalah orang2 kampung yang miskin. Hidup mereka sudah sememangnya susah. Apabila banjir tahunan datang, bertambahlah keperitan hidup mereka. Bukan sahaja kemusnahan harta benda, nyawa juga boleh tergugat. Setakat ini (28/12/12) dua kematian telah dicatat. Hampir 22,000 orang telah dipindahkan ke pusat2 pemindahan.

Sebagai umat Islam, penulis merasa sedih dengan musibah yang melanda mangsa2 banjir yang majoritinya saudara seagamanya.

Penulis pernah bekerja di Pantai Timur sebelum ini. Walaupun Alhamdulillah tidak pernah mengalami banjir secara lansung, penulis pernah bertugas bersama mereka yang menjadi mangsa banjir tahun2 yang lalu. Mereka ini adalah pegawai yang berpangkat dan bergaji rendah dan tinggal di kawasan rumah2 murah dan perkampungan. Kisah kepayahan menyelamatkan keluarga, kerosakan harta benda dan keperitan hidup di pusat2 penempatan amat menyayat hati. Diharapkan mereka tidak terkena banjir tahun ini.

Penulis juga kesal dengan sikap2 rakan2 berjawatan tinggi yang bukan sahaja tidak perihatin, tetapi bersikap kurang ajar. Ada diantara mereka yang sanggup memarahi pekerja (mangsa banjir) yang datang lewat atau tidak dapat bekerja tanpa mengambil kira kesusahan mereka. Pernah juga penulis berbual dengan rakan2 di ibu negara yang boleh berjenaka mengenainya. Sikap tidak sensitif sesetengah masyarakat kita mencerminkan kerendahan akhlak yang memalukan.

Penulis menyeru dan merayu agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sesuai.  Pastinya, kita mempunyai jurutera yang berkebolehan untuk memikirkan cara terbaik bagi menghadapi masalah tahunan ini. Jika di Kuala Lumpur boleh dikorek terowong merentasi bandaraya, longkang2 dan sistem pengaliran air lebihan pasti tidak menjadi masalah. Kos pun tidaklah begitu banyak. Jika apabila dikira, ia tetap membebankan, penulis mencadangkan Petronas menjadi penaja memandangkan negeri2 yang saban tahun terkena banjir ini adalah negeri2 penyumbang utama minyak negara. Bila lagi untuk merealisasikan slogan ‘rakyat diutamakan’ jika bukan sekarang.

Penulis juga mengharapkan pemimpin2 politik menjalankan tugas mereka dengan lebih effektif. Adegan melawat pusat2 mangsa banjir dengan kesugulan mimik muka sambil menyerahkan nasi2 bungkus  sudah memualkan dan basi. Kita perlukan pemimpin yang boleh merancang dan melaksanakan strategi menghadapi musim2 tengkujuh yang akan datang. Adegan cakap berdegar2, berbuih2 mulut juga dilihat sudah mual dan basi.

Diharap bencana banjir ini menjadi isu politik yang meletup sempena PRU-13 yang semakin hampir. Ini membolehkan rakyat menuntut kata2 kerajaan yang tertubuh kelak. Sudah2lah dengan ‘Amanah Hadi Awang’, Altantunya, Deepak, Musa Hassan dan Hasan Ali yang tidak membawa kita kemana2.

Nada sinis warkah ini hanyalah refleksi simpati penulis kepada mangsa2 banjir.  Kekecewaan dan penderitaan mereka, mereka sahaja yang tahu.

Penulis berdoa agar Allah SWT meringankan beban dan memberi ganjaran yang tidak terhingga bersesuaian dengan kesabaran yang ditunjukkan mereka. Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: