Persepsi negatif terhadap Kebangkitan Arab

Media arus perdana menonjolkan Kebangkitan Dunia Arab (Arab Spring) sebagai sesuatu yang negatif. Ia digambarkan sabagai pergerakan jalanan yang jahat membabitkan kerosakan harta benda. Pendokong Kebangkitan Arab ini digambarkan sebagai pemuda2 liar, tidak berpelajaran dan melampau. Mereka juga dikelaskan sebagai golongan yang lekeh, dhaif dan status bawahan.

Para ilmuan (pro kerajaan) negara pula membahaskan dari sudut ‘kesan jangka masa panjang’ jika rejim2 dan kerajaan2 sedia ada tumbang. Rata2, mereka menyimpulkan negara2 terbabit akan mengalami kerugian  jika rejim2 ini tumbang. Para ulama (pro kerajaan) pula melaungkan kemungkaran dengan perpecahan dan kerduhakaan yang berlaku.

Persoalannya ialah: Adakah persepsi negatif ini benar? Jahat sangatkah mereka yang menentang kerajaan2 sedia ada? Tiadakah ahli fikir dan alim ulama dikalangan mereka? Sudah hilangkah pertimbangan akal dan elemen ketuhanan dalam kepala dan hati mereka?

Dengan hanya melihat sejarah secara seimbas lalu, mudah untuk disimpulkan bahawa pemimpin rejim2 sedia ada ini adalah mereka yang zalim kepada rakyat. Mereka (pemimpin2 rejim sedia ada) ini sudah berkuasa puluhan tahun. Kaedah mengekalkan kuasa rendah tahap ketelusannya. Harta kekayaan berbillion2, tidak berpadanan dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Cara hidup dan tahap moral dilihat superfisial. Yang amat dikesali adalah reaksi mereka kepada kebangkitan rakyat. Ribuan nyawa dibunuh hanya ingin mengekalkan kuasa.

Mereka (pemimpin2 rejim sedia ada) bukan sahaja zalim, tetapi gagal dalam hubungan serantau. Kemaraan dan kerakusan rejim Israel merampas hak dan membunuh rakyat Palestin menjadi bukti kelemahan pengaruh dan perancangan mereka. Israel yang asalnya kecil sudah menjadi superpower Timur Tengah.

Dari segi pemerintahan negara juga mereka gagal. Kemunduran rakyat dari segi pendidikan, adab dan moral hanya membuktikan kepincangan pemerintahan. Kemunduran bangsa Arab mencermin kegagalan kepimpinan mereka.

Maka, betulkan Kebangkitan Arab ini sesuatu yang negatif? Ini menimbulkan persoalan seterusnya iaitu: Mengapa media arus perdana negara kita memberi persepsi negatif kepada pergerakan ini, seakan2 berpihak pula kepada pemimpin2 yang zalim itu?

Adakah media kita terlalu malas, hanya memplagiat sahaja berita agensi2 barat tanpa analisa?

Atau, adakah kerajaan merasa gerun akan merebaknya pengaruh Kebangkitan Arab ke negara kita? Adakah kerajaan kita takut kehilangan undi di pilihanraya akan datang memandangkan cara pemerintahan ada mirip2 pemimpin2 Arab? (nota: penulis berpendapat kerajaan kita sekarang tidak seteruk kepimpinan arab. baca: mirip2)

Walau apapun sebab dan agendanya, persepsi negatif yang cuba diolahkan oleh media arus perdana adalah tidak beretika. Ini kerana rakyat kita perlukan informasi yang tepat tentang musibah yang sedang melanda saudaranya di Timur Tengah. Kebangkitan Arab sepatutnya digambarkan sebagai sesuatu yang progresif. Bukankan pergerakan itu menentang pemimpin2 yang zalim dan terbukti gagal dan tidak effisien? Jangan pula kita pandang hina kepada masyarakat Arab yang cuba bangkit ini sebagai hina dan mundur. Bukankan menjadi sunnah Rasul2 Allah melindungi mereka yang dizalimi, lemah dan dhaif? Lupakah kita Rasul2 Allah contohnya, Nabi Nuh a.s, Nabi Musa a.s, hinggakan Nabi kita sendiri SAW menentang pemimpin dan pembesar2 yang zalim?

Diharap media arus perdana, ilmuan dan ulama bersifat jujur dalam menganalisa berita2 mengenai keadaan semasa di Timur Tengah. Penulis juga berharap agar masyarakat kita lebih kritikal dengan informasi yang disajikan dan peka dengan nasib saudara2 kita di Timur Tengah.

Wallahu a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: