Tiada kiamat pada 21 Disember 2012

Orang yang beriman pastinya yakin pada hari kiamat. Hati pasti bergetar dan takut bila teringat tentangnya. Lebih2 lagi apabila tanda2 hari kiamat dilihat menjadi-jadi kebelakangan ini.

Malang sekali, peringatan tentang hari kiamat ada juga datangnya dari sumber2 orang2 yang tidak beriman. Sumber2 dari media2 seperti filem dan dokumentari orang2 kafir adalah fitnah terbesar masakini. Ramalan demi ramalan diutarakan mereka.

21 Disember 2012 adalah tarikh terbaru hari kiamat, kata mereka. Ia bersandarkan pada berakhirnya kalender tamadun Maya. Walaupun pelbagai ‘fakta’ diketengahkan untuk mengukuhkan teori ini, akhirnya ia terbukti meleset (artikel ini ditulis pada 22 Disember 2012).

Banyak juga ramalan2 lain yang telah terbukti salah. Antara yang popular adalah pada pertukaran tahun 1999 ke 2000 yang lalu. Ia berdasarkan teori Y2K. Katanya, komputer2 akan mengalami kegagalan dan bom2 nuklear akan tertembak dengan automatik. Ramai juga yang risau ketika itu.

Kerisauan pada ramalan orang2 kafir ini bukan sahaja aktiviti emosi yang sia2 malah, yang lebih bahaya, ia boleh menggoncang iman seseorang. Keyakinan tentang hanya Allah sahaja yang tahu bilakan hari kiamat menjadi tercabar.

Maka, berbaliklah kita kepada Al-Quran dan Sunnah. Tiada siapa (termasuklah orang2 Maya atau pseudo-saintis masakini) yang mengetahui bilakah hari kiamat. Rasulullah SAW sendiri pun tidak mengetahui tarikhnya. Firman Allah,

‘Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”‘.  Al-A’raaf 7:187 (klik).

Malaikat Jibril yang hebat pun tidak mengetahui bilakah masanya. Cuba ingat Hadis yang di riwayatkan oleh Saidina Omar r.a dimana Malaikat Jibril datang sebagai seorang lelaki yang tidak dikenali dan tidak juga seperti orang yang bermusafir. Malaikat Jibril lalu bertanya kepada Rasulullah SAW tentang Islam, Iman dan Ehsan. Rasulullah SAW pun mengariskan rukun2 kepada persoalan tersebut. Kemudian, Rasulullah SAW ditanya tentang hari kiamat. Baginda menjawab ‘orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya’. Malaikat Jibril lalu meminta Rasulullah SAW untuk hanya menyatakan tanda2 hari kiamat. (Hadis penuh dibawah).

Kesimpulannya, hanya Allah, dan Allah sahaja yang tahu bilakah hari kiamat. Noktah.

Di masa hadapan pasti ada lagi ramalan2 sonsang  dari orang2 kafir. Mereka mengambil kesempatan dari ketidak-haluan dunia dengan menakut2 manusia bagi besar kemungkinannya untuk melariskan filem2 dan dokumentari2 khayalan mereka.

Maka, kita orang yang beriman wajiblah menguatkan iman. Hanya Allah, dan Allah sahaja yang tahu bilakah hari kiamat. Bepalinglah dari ramalan2 sonsang ini dimasa depan.

Yang lebih penting bagi kita adalah meningkatkan amal soleh sebagai bekal untuk bertemu Allah SWT kelak. Insya Allah.

Wallahu a’lam .

—————————————–

Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:
2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,
no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: