Tips apabila diserang was-was

Filem2 dan program2 television kebelakangan ini kerap memaparkan fitnah dan fahaman2 yang bertentangan akidah.  Filem2 dari barat sering kali mempersoalkan kewujudan tuhan, memaparkan kepercayaan2 mitos,  fantasi dan sebagainya. Saluran2 dokumentari seperti Discovery dan History Channel juga tidak ketinggalan, menyiarkan program2 yang kononnya ‘ilmiah’ mempersoalkan kuwujudan tuhan, mendalami fahaman paganism, Kristian, mitos dan sebagainya. Ada pula yang menyebarkan teori2 ‘tidak masuk akal’ seperti The Ancient Alien Theory.

Filem2 tempatan pula, walaupun banyak teguran dibuat, masih tidak habis2 menayangkan cerita2 tahyul dan khurafat.

Elemen2 sonsang ini dipersembahkan dengan kesan audio-visual yang realistik. Hendak atau tidak, seseorang akan diresapi perasaan was-was. Hati akan menjadi cemas dan tidak senang. Ini kerana was-was ini amat menggoncang iman.

Mujurlah Al-Quran, penyembuh hati sepanjang zaman, ada memberi kaedah menghadapi was-was ini. Firman Allah didalam Surah Al-A’raaf 7: 200-202 (klik):

200. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah*. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

201. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.

202. Dan teman-teman mereka (orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya (menyesatkan).

* Maksudnya: membaca ‘A’udzubillahi minasy-syaithaanir-rajiim’

Maka, apabila kita diserang was-was, ingatlah kepada Allah dan berlindunglah kepadaNya dengan menyebut ‘A’udzubillahi minasy-syaithaanir-rajiim’. Pada masa yang sama, hendaklah kita insaf dengan kesalahan dan kekurangan iman kita.

Ayat diatas juga mengingatkan kita bahawa orang2 kafir dan fasik ini tidak akan berhenti  menyesatkan orang. Maka, filem2 dan program2 tv yang menyesatkan ini pasti akan berterusan dan menjadi2.

Jadi, hendaklah kita peka dengan apa sahaja  filem atau program television yang ditonton.  Kaedah yang terbaik  adalah berpaling sahaja dari filem2 dan program2 sebegini.

Wallahu a’lam. Semoga kita diteguhkan iman dan dilindungi dari fitnah ini. Amin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: