Pasca boikot produk berkaitan Israel

Setiap kali Israel membedil Gaza atau Rasulullah SAW dihina, kempen memboikot produk berkaitan Israel akan menyusur. Sayangnya, kempen2 seperti ini hanya bertahan beberapa hari, paling lama pun satu atau dua minggu. Selepas itu, momentum akan merudum dan akhirnya, keadaan menjadi seperti sedia kala.

Setelah sekian kali putaran ini berlaku, haruslah kini difikirkan langkah2 susulan pasca kempen memboikot ini. Tindakan boikot bermusim ini gagal menghasilkan impak yang diingini. Peluru2 yang ditaja oleh syarikat2 berorientasi Zionis tidak berkurang walaupun sebutir.

Langkah pertama adalah boikot yang berterusan/ istiqamah, yakni buat selama2 nya. Anggapkan seolah2 haram menguna atau memakan produk2 yang bersangkut paut dengan Israel.  Tabiat/ habit membeli produk2 Israel perlu diubah. Ini sememangnya memerlukan semangat yang tinggi dan hati yang kental. Tetapi, jika dibuat secara konsisten, perubahan tabiat ini akan pasti berkekalan.

Perubahan tabiat membeli ini harus diteruskan kepada membeli produk2 buatan Muslim sahaja. Dari minyak masak hingga ke nasik minyak, dari ubat gigi hingga ke pendandan rambut. Ini bukan sahaja menghalang dari duit itu disalurkan untuk membedil saudara kita di Gaza, tetapi juga menguatkan ekonomi saudara kita di bumi ini.

Usahawan Islam juga perlu proaktif. Keluarkan lebih banyak produk sebagai alternatif kepada  pengguna muslimin. Misi meraih keuntungan berlipat ganda mungkin dapat ditangguhkan pada awal produksi. Tujuan utama atau sekurang2nya pada awalnya adalah untuk memberi alternatif kepada pengguna Islam.

Pemodal2 dan bank2 Islam juga perlu memberi sokongan. Sudah sedia maklum, halangan utama pengusaha Islam dinegara kita adalah kapital. Pemodal2 dan bank2 harus melonggarkan syarat dalam menyediakan kapital. Mereka bersama pertubuhan dan dewan2 peniagaan Islam juga boleh memberi nasihat, tunjuk ajar dan memantau usahawan2 Muslim.

Pada masa yang sama, semboyan2 kempen harus diteruskan. Individu2 boleh saling ingat mengingati di laman2 sosial. Para ulama teruskan  memberi semangat didalam siri2 ceramah. NGO2 dan pertubuhan2 Islam wajib merancang dan melaksanakan kempen2 massa yang bersepadu dan tersusun.

Kesemua usaha ini boleh dipermudahkan dengan sokongan kerajaan yang perihatin. Dari sudut pemerintahan, kerajaan boleh membuat sekatan kepada produk2 dan khidmat2 berkaitan dengan Israel. Sekurang2nya mengenakan cukai import yang tinggi bagi memberi kelebihan kepada produk2 Muslimin tempatan untuk bersaing.

Penulis pasti banyak lagi idea yang bernas dapat diketengahkan mereka yang terlibat secara lansung dalam peniagaan, pakar2 ekonomi, ilmuan Islam, individu2 dan juga organisasi Islam.  Faktor yang perlu diutamakan adalah istiqamah dan strategi yang tersusun, untuk usaha ini menampakkan impak yang diingini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: