Perpaduan Islam dalam konteks politik Malaysia

Sistem demokrasi hakikatnya bersifat partisan. Ia adalah suatu sistem pemilihan kepimpinan yang melibat pertandingan pihak-pihak yang ingin berkuasa. Pihak-pihak ini bersaing untuk mengenengahkan kebolehan masing-masing. Di negara kita, parti-parti politik lebih menjurus kepada membongkar keburukan pihak lawan bagi menonjolkan ‘kebaikan’ masing-masing. Ia dipenuhi sentimen-sentimen emosional, kata-kata kesat dan fitnah-menfitnah. Kesimpulannya, sistem demokrasi begini bersifat persaingan yang menggalakkan percakaran. Bagaimana hendak berpadu jika sistem yang diguna pakai sebegitu rupa?

Kita telah terjerumus dalam persepsi dimana;  inilah satu-satunya sistem pemilihan kepimpinan yang mampu wujud di dunia masa kini. Sistem-sistem yang pernah diguna-pakai contohnya sistem khalifah Islam, dilihat sudah tidak relevan dan tidak boleh diaplikasi. Sistem-sistem lampau tidak lagi selari dengan cara hidup kita. Sememangnya, inilah keyakinan kita. Masakan tidak, cadangan-cadangan alternatif pasti berdepan dengan tuduhan dan tomahan pihak berkuasa dan ahli-ahli fikir kontemporari. Fitnah ini sudah ranum dan sebati.

Hendak atau tidak, pergerakan Islam ‘terpaksa’ menjerumuskan dirinya kedalam sistem ini. Sejarah Islam pasca kejatuhan empayar Islam Turki melihatkan kelahiran pergerakan politik berteraskan Islam di negara-negara umat Islam. Pada masa yang sama, lebih banyak parti-parti yang berlandaskan idealisma-idealisma ciptaan barat seperti socialisme, komunisme dan nasionalisme yang tumbuh.

Dipertengahan abad kedua puluh, dilihat parti-parti yang berteraskan nasionalisme berjaya memerintah negara-nagara Islam, dengan  mengunakan sistem penyebaran maklumat dan pemilihan yang diragui ketelusannya.  Namun, parti-parti berteraskan Islam sedikit demi sedikit berjaya melangkah maju, hingga dilihat cukup berpengaruh semenjak dua dekad terakhir ini. Transformasi kecenderungan kearah Islam amat mengagumkan dan ini juga menjadi punca berakhirnya banyak parti-parti berpaksikan ideologi barat. Kepada yang ingin terus relevan, reformasi gaya dan persembahan menjadi kemestian. Yang dahulunya gah melaungkan nasionalisme, kini ingin pula memperjuangkan Islam. Kecelaruan hala tuju membuatkan parti-parti ideologi barat ini menjadi tidak konsisten.

Malaysia tidak terkecuali daripada fenomena ini.  Parti Islam Semalaysia (PAS) adalah parti yang paling dominan memperjuangkan Islam. Seterunya adalah UMNO, sebuah parti nasionalis Melayu yang lebih setengah abad memegang tampuk pemerintahan negara. Sejak kebelakangan ini UMNO cuba memperlihatkan bahawa ia juga memperjuangkan Islam. Secara jelas, ini adalah strategi untuk meraih semula sokongan yang merudum dari bangsa Melayu.

Sejak akhir-akhir ini, isu perpaduan Islam digembar-gemburkan di dalam negara. Media cetak, radio dan television dan dikerah bagi mencanang konsep perpaduan ini. Bukan sahaja ahli politik, malah ahli-ahli akademik dan tokoh-tokoh agama turut melemparkan pemikiran mereka. Pelbagai teori diketengahkan. Ada yang ikhlas dan ada juga yang beragenda. Apa pun niatnya, jentera media kerajaan licik mengolah persepsi, menggambarkan bahawa perpaduan Islam hanya dapat berlaku dibawah payung UMNO.

Ini adalah olahan persepsi yang sonsang dan objektif utama hanyalah untuk meraih undi di PRU-13. Seperti yang dinyatakan dipermulaan tulisan, politik kepartian ini bersifat partisan yang menganjurkan persaingan dan pertembungan. Perpaduan itu adalah mustahil. Maka, perpaduan yang diwar-warkan hanyalah dongeng atau mimpi mat jenin. Jelas, ia hanyalah strategi politik murahan untuk pilihan raya. Sayangnya, ramai ahli akademik dan ilmuan Islam yang terpedaya dengan permainan ini.

Jika masih ingin mengambil dakyah ini sebagai benar, seseorang pasti bertanya akan dimanakah konsep perpaduan Islam semasa kerajaan UMNO berlaku zalim, merompak duit dan berlaku tidak adil kepada rakyat dan umat Islam? Contoh yang mudah adalah wang royalti petroleum di Kelantan dan Terengganu. Bukankah itu hak milik negeri yang majoriti penduduknya adalah umat Islam? Dimana perginya perpaduan Islam? Apa yang dikatakan perpaduan Islam bila projek-projek dan peluang-peluang perniagaan diberi secara eksklusif kepada kroni-kroni yang kebanyakkannya bukan Islam? Banyak lagi contoh-contoh yang boleh dijadikan bukti bahawa perpaduan ini hanyalah slogan yang pincang dan hipokrit.

Tidak dinafikan, sebagai umat Islam, aspirasi perpaduan ummah sentiasa terpahat dihati. Kaedah terbaik buat masa ini, hanyalah bagi umat Islam dinegara ini bersatu dibawah naungan PAS (dalam politik). Walaupun penulis bukannya ahli PAS, penulis berpendapat bahawa PAS adalah pilihan yang lebih tulen sebagai jemaah siasah dinegara berbanding dengan parti-parti lain yang kelihatan celaru arah tuju dan tujuan perjuangannya. Didalam susah dan didalam senang, PAS dilihat konsisten dalam perjuangannya, sejak ditubuhkan hingga kini. Visi memertabatkan Islamnya cukup jelas.

Sudah tiba masanya kita bersatu dan berpadu dibawah pergerakan politik Islam yakni PAS. Kepada ahli-ahli akademik dan ilmuan Islam, cukuplah berdiskusi, berhujah, bersimpul lidah, berbalah-balah, bercelaru minda, memikirkan mana yang benar dan mana yang salah.  Berhentilah ‘berpusing-pusing’ yang tidak membawa kita ke mana-mana. Hakikatnya jelas didepan mata. Perjuangan Islam, terutamanya di zaman fitnah ini, wajib diberi sokongan.

Wallahu a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: