Sejak bila kita patuh kata pendeta Yahudi?

Genjatan senjata akhirnya dipersetujui pihak Zionis beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah. Kita berharap tiada pembunuhan kejam oleh rejim Yahudi lagi. Pada masa yang sama, terlintas di sudut hati akan bilakah pula persetujuan kali ini dicabul Zionis. Gerak hati ini bukannya rawak, tetapi bersandarkan sejarah perjanjian-perjanjian lampau.

Umat Islam sudah bagaikan ‘kebas’, tidak berperasaan terhadap pencabulan demi pencabulan Yahudi ini. Dunia barat usah diharapkan. Mereka memang tidak menghiraukan nasib Palestin sejak mula lagi. Inilah matlamat Zionis, untuk menghilangkan rasa simpati dunia khususnya umat Islam, supaya mereka boleh meneruskan agenda zalim mereka.

Sedang pergolakan di Palestin berlaku, ada pula segelintir umat Islam yang kelihatan layu dan berputus asa. Mereka sering mengeluarkan ungkapan-ungkapan putus harapan.

Antara ungkapan putus harapan paling popular datangnya dari seorang pendeta Yahudi yang ‘bersabda’ kononnya ‘janganlah umat Islam bermimpi untuk menang terhadap Yahudi selagi Jemaah solat Subuh tidak seramai Jemaah solat Jumaat’.

Ungkapan ini banyak kali didengari. Ia bagaikan rujukan eksklusif para ustaz dan juga ‘mereka yang ingin kelihatan alim’ diceramah, tv, radio, internet dan facebook.

Sejak bila kita dengar kata-kata pendeta Yahudi ini? Sejak bila pula kita beriktikad dengan nasihat ulama Yahudi? Dimanakah jati diri kita? Tidak adakah kata-kata pejuang Islam, ayat-ayat suci Al-Quran atau hadis-hadis yang boleh kita menaruh harapan dan kepercayaan?

Kata-kata pendeta Yahudi tersebut mencabul semangat umat Islam. Memberi prospek yang layu. Membuatkan umat Islam menjadi dayus dan bacul seperti kala ini.

Sebenarnya kita sudah tidak yakin dengan Islam. Sudah jauh dari Al-Quran dan sunnah. Lihatlah, apa saja yang diwar-warkan oleh orang barat atau bukan Islam, dijadikan pedoman hidup. Acap kali kita merujuk Martin Luther King Jr, Gandhi, Albert Einstein, Anthony Robbins dan sebagainya. Banyak juga dijadikan rujukan ilmuan Islam masa kini. Itulah kita, sudah hilang jati diri. Tiada keyakinan dengan agama yang kita kononnya bangga sebagai ‘cara hidup’.

Sudah-sudahlah, tinggalkan sahaja kata-kata pendeta Yahudi tersebut. Jangan pula tertipu dengan media propaganda barat. Kembalilah kita kepada Al-Quran, Sunnah dan tradisi perjuangan Islam. Yakinlah dengan Allah SWT. Perlihatkanlah indentiti, jati diri kita.

Semoga Allah SWT memberi kita kemenangan dan membebaskan rakyat Palestin dari kezaliman Yahudi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: