Ujub dengan ilmu, sombong jadinya

Tujuan menuntut ilmu adalah untuk mencari kefahaman terhadap sesuatu permasalahan. Kita pastinya merasa gembira dan teruja apabila makna yang dicari terjawab.

Dengan bertambahnya ilmu, sedikit demi sedikit kita merasa diri berkebolehan dan pandai. Jika dibiarkan tanpa periksa, perasaan kagum dan terpesona pada diri sendiri boleh meresap ke lubuk hati. Ini yang dikatakan ujub.

Ujub ini bahaya kerana ia akan membuatkan seseorang menjadi sombong, takabur dan bangga diri. Seseorang merasakan dirinya besar dan serba tahu. Pada ketika itu, sukar untuk dia mendengar pendapat orang. Pendapatnya pula wajib di ikuti. Mulalah dia melontarkan pendapat dengan keras dan melampau.

Norma kehidupan masyarakat kita, sedar atau tidak, sedikit sebanyak mendorong kepada sifat mazmumah (keji) ini. Sejak bermulanya persekolahan, sanjungan dan ganjaran dalam pencapaian akedemik terlalu dititik beratkan tanpa berhikmah. Kanak-kanak cemerlang akan dipuji dan diberi pelbagai insentif. Sogokkan dan ganjaran umpama ini terus disuburkan hingga keperingkat pengajian tinggi. Maka lahirlah, graduan-graduan yang berasa dirinya serba lengkap. Secara tidak langsung, kitalah penganjur terhasilnya kelas atasan yang ujub lagi sombong.

Mana tidaknya, lihat sahaja kebaculan mereka yang terpelajar dan tinggi status sosialnya. Majikan yang tidak ada tolak ansur dengan perkerjanya. Pensyarah dan ilmuan yang ‘rigid’ dan tertutup mindanya. Para ustaz dan ulama yang keras dalam fatwanya. Pemimpin politik yang kasar lagak dan tutur katanya. Ini semua terjadi akibat tiadanya hikmah dalam tujuan menuntut ilmu dan budaya pendidikan kita.

Kesedaran ini amatlah penting secara individu dan masyarakat. Kita, apabila menuntut ilmu haruslah ikhlas. Ikhlas kerana Allah SWT, setidak-tidaknya diniatkan untuk kebaikan, bukannya mengejar pujian, sanjungan, pangkat atau ganjaran. Dari sudut pendidikan, usahlah kita melampau dalam memberi insentif tanpa berhikmah kepada para pelajar. Mereka yang cemerlang juga perlu diberi bimbingan supaya tidak mudah lupa diri. Kita juga perlu memantau mereka yang terpelajar dan berstatus tinggi. Satu sistem maklum balas atau aduan perlu dilaksanakan dengan tegas supaya mereka ini lebih bertanggung jawab dan ‘accountable’ dalam tidak tanduknya.

Rendahkan lah diri. Ilmu dan kebolehan kita hanyalah sedikit, bagaikan setitis air sahaja dalam lautan ilmu Allah SWT. Juga ingatlah,

‘…Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri’. Al-Hadiid 57:23. (klik)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: