Erti Solat

Mendirikan sembahyang bererti melaksanakan dengan sebaik-baiknya serta kusyuk di dalamnya, memikirkan makna-maknanya dan mengenang Allah SWT dengan segala kebesarannya.

Imam Al-Ghazali didalam huraiannya mengenai erti mendirikan sembahyang mengatakan bahawa diantara ertinya ialah; engkau menjaga akan jiwa sembahyang, iaitu ikhlas dan kehadiran hati dalam segala bahagiannya. Maka janganlah engkau sujud atau rukuk melainkan apabila hati engkau sudah bersedia untuk melakukan kusyuk lagi sesuai dengan apa yang dikerjakan oleh anggota engkau yang zahir, kerana yang dikehendaki ialah kepatuhan hati dan bukan kepatuhan anggota badan.

Kerana itu janganlah engkau berkata ‘Allahu Akbar’/ ‘Allah Maha Besar’, padahal dalam hati engkau ada lagi yang lebih besar daripada Allah SWT. Dan janganlah engkau berkata ‘Wajjahtu Wajhiya’/ ‘Aku hadapkan mukaku’, melainkan hati engkau sudah menghadapi dengan semuanya kepada Allah SWT sahaja dan berpaling terus dari yang lain-lain. Seterusnya, janganlah engkau berkata ‘Allahamdulillah’/ ‘Segala Puji bagi Allah’, melainkankan dengan hati engkau telah penuh dengan rasa syukur atas segala nikmatnya, gembira lagi riang dengannya. Dan janganlah engkau berkata ‘Waiyya kanas taiyn’/ ‘Dan akan Dikau kami memohon pertolongan’, melainkan engkau terasa betul akan kelemahan dan kedhaifan engkau.

Apa yang dikatakan Imam Al-Ghazali sebagaimana yang tersebut adalah semata-mata menyatakan bahawa yang utama bagi orang yang sembahyang ialah jiwa atau hakikat sembahyang, bukan rangkanya atau rupanya yang zahir sahaja. Dengan demikian bererti jika bahawa seseorang itu mendirikan sembahyang maka sekelian anggotanya zahir dan yang batin; iaitu hatinya, jiwanya, perasaannya dan fikirannya mestilah sama-sama mendirikannya supaya sempurna pengertian sembahyang yang sebenarnya.

—————–

(Dipetik dari buku Hadith 40: Terjemahan dah Syarahnya. Susunan Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syarif An-Nawawi. Terjemahan dan syarahnya oleh Al-Ustadh Mustafa ‘Abdul Rahman. Penerbit Dewan Pustaka Fajar)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: