Tiga bahagian Amal yang Ikhlas

Amal yang didasarkan kepada niat yang baik dan ikhlas diterima Allah SWT dan diberi ganjarannya. Imam Nawawi dalam keterangannya mengenai ‘amal yang disertainya niat yang baik’, telah membahagikan kepada 3 bahagian:

  1. Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah = Ibadat Hamba.
  2. Amal yang dikerjakan kerana mendapat syurga = Ibadat Saudagar.
  3. Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah SWT dan kerana dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasa diri sebagai seorang yang masih didalam kecuian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah ‘amalnya diterima atau tidak’. = Ibadat Merdeka.

 Inilah amal yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sewaktu menjawab sungutan Aisyah r.a yang berkata:

 ‘Mengapa Rasulullah SAW bersusah payah berdiri sembahyang waktu malam hingga bengkak kedua belah kakinya padahal Allah SWT telah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang?’

 Rasulullah SAW dalam jawapannya berkata:

 ‘Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?’

Demikianlah ketiga2 bahagian ‘amal orang yang ikhlas. Berlainannya hanya terletak pada bahagian2 sahaja.

Kesimpulannya, ‘amal yang ikhlas’ ialah amal yang diqasadkan kepada Allah tidak kepada yang lainnya. Dalam hadis (menurut keterangan Tawus) ada diceritakan orang bahawa:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: ‘Ya Rasulullah! Ada seorang lelaki yang bersedekah dan ia suka supaya dipuji dan diberikan pahala kepadanya’. Rasulullah SAW tidak dapat berkata apa2 kepada orang ini sehingga turun ayat ini:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. Al-Kahfi 18:110. (klik)

—————

(Dipetik dari buku Hadith 40: Terjemahan dah Syarahnya. Susunan Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syarif An-Nawawi. Terjemahan dan syarahnya oleh Al-Ustadh Mustafa ‘Abdul Rahman. Pernerbit Dewan Pustaka Fajar)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: