Rahmat didalam dukacita

Hidup ini penuh panca roba. Seseorang pasti menghadapi dugaan dan keperitan. Ada yang hilang punca pencarian, masalah rumah tangga, dihidapi penyakit, kematian orang tersayang dan sebagainya. Ini menimbulkan kesedihan dan sengsara dukacita yang mendalam.

Didalam kehuru-haraan perasaan, seseorang merasa gelisah dan binggung. Pelbagai pertanyaan bermain difikiran. Termenung dia mencari erti musibah yang membelenggu kehidupan.

Macam-macam cara digunakan untuk menghilangkan stress. Ada yang mendengar muzik, ada yang tengok wayang, ada yang minum arak, ada yang ke disco, ada yang sampai mengambil dadah. Ini semua menghilangkan duka, tetapi hanya sementara.

Ramai yang cuba menyembuh hati mendengar ceramah-ceramah motivasi. Ramai juga yang pergi kounseling. Ada juga ‘bersilat’ tai chi, ada pula yang ‘berlipat-lipat’ membuat yoga. Ketenangan yang dikecapi tidak akan berkekalan.

Kepada yang beriman, penyeselaian agamalah yang paling munasabah dan penuh hikmah. Prinsip-prinsip dan pengajaran agama bersifat abadi. Penenang hati yang sejati.

Mari lihat beberapa hadis Nabi SAW dibawah:

Sabda Rasulullah S.A.W, ‘Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya’ (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)

Sabda Rasulullah SAW, ‘Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan dukacita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah r.a)

Sabda Rasulullah SAW. ‘Mana-mana muslim yang sakit atau terkena sesuatu musibah digugurkan dosa seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh’. (Riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud)

Subhanallah, melihat hadis-hadis di atas, kita sepatutnya bersyukur. Allah SWT masih melihat kita sebagai hambaNya, kaum muslimin. Ini adalah rahmat yang kita cari sebenarnya. Penerimaan Allah SWT.

Kita juga patut bersyukur kerana Allah SWT tidak mensia-siakan keperitan, kegelisahan, kesengsaraan dan dukacita kita. Kalau hendak diharapkan amalan yang tak seberapa, tidak terhapus dosa-dosa kita. Allah Maha Penyayang dan Pengampun. Bukan sikit dosa yang diampun,  ‘…seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh’. Betapa luas keampunanNya. Subhanallah.

Kita juga perlu bermuhasabah diri apabila menghadapi kesulitan dan musibah. Kenang kembali dosa2 yang lampau. Banyakkan istighfar dan pohonlah keampunan dari Allah SWT seikhlas2nya. Syukur Allah SWT masih hendak mengingatkan kita. Tidak dibiarkan sahaja berseronok didalam dosa. Bukti Allah SWT sayangkan kita.

Inilah ajaran agama yang abadi dan sejati.  Didalam kesedihan dan dukacita ada rahmat Allah SWT.

Moga dikuatkan iman dan kesabaran kita dalam mengharungi kesulitan dunia. Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: