Selawat tanda terima kasih

Telah diarahkan supaya berselawat ke atas Nabi SAW. Firman Allah SWT yang bermaksud:

‘Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya’.  Al-Ahzab: 56 (klik)

Walaubagaimanapun, kita sering leka untuk berselawat. Maka, sebagai sumber inspirasi, selawat diberi ‘makna’ (meaning), keutamaan dan kelebihan kepada seseorang untuk istiqamah berselawat. Sebagai contoh, selawat membolehkan kita  mendapat syafaat Rasulullah SAW akhirat kelak:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ‘Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku’. (Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a)

Selain dari itu, pelbagai ganjaran dan fadhilat untuk mereka yang berselawat. Antaranya:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ‘Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali’. (Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a)

Banyak lagi ‘makna’ dan kelebihan selawat yang boleh kita ambil. Diantaranya, untuk mencari redha Allah SWT, untuk mengumpul pahala, untuk kebaikan di dunia dan akhrat, dan sebagainya. Disini saya ingin mengutarakan satu lagi sudut inspirasi untuk selawat, iaitu sebagai tanda terima kasih kita terhadap Rasulullah SAW.

Kita tidak boleh tidak berterima kasih terhadap Rasulullah SAW. Baginda SAW, berkorban jiwa dan raganya untuk kesejahteraan kita. Baginda SAW terpaksa menharungi pelbagai tomahan dan fitnah, malah sehingga hari ini orang2 yang tidak beriman terus menghina baginda SAW. Bukan sahaja dari segi maruah, baginda SAW juga terpaksa mengahuringi keperitan fizikal. Di Taif, baginda SAW dituju batu sehingga berdarah. Di Madinah, suku Yahudi cuba memperdaya dan membunuh baginda SAW. Baginda SAW juga terpaksa mengikuti banyak peperangan, sehingga luka tubuhnya semasa di Uhud. Tidak terkira banyaknya pengorbanan baginda SAW jika ingin disenarai semuanya.

Bukan itu sahaja. Rasulullah SAW juga adalah guru dalam segala aspek kehidupan kita. Dari ibadah hingga ke akhlak. Malah, apa yang diajar oleh ibu bapa dan guru2 kita berakar dari sunnah Rasulullah SAW. Dari segi ibadah, segala amal kita adalah dari tunjuk ajarnya. Jika bukan dari sunnah baginda SAW, kita tidak akan tahu bagaimana ingin menyembah Allah SWT. Begitu juga amal2 yang lain seperti tauhid, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Dari segi akhlak dan berbuat baik, semuanya datang dari Rasulullah SAW. Dari Syamail hingga ke Hadis2 nya. Semua mengajak dan mengajar kita kearah kebaikan. Jika dibuka buku2 agama, sukar untuk dijumpai sehelai rampaian yang tiada hadis atau sunnah baginda SAW.

Jika kita boleh berterima kasih kepada guru, pemimpin, raja2, malah boss2 kita dengan pelbagai sanjungan dan pujian, takkan kita tidak boleh berterima kasih kepada Nabi SAW yang jauh lebih besar pengorbanan dan tunjuk ajarnya. Tidak perlu bersusah payah. Hanya selawat meminta kejahteraan, rahmat dan berkat Allah SWT kepada baginda SAW. Mudah sahaja.

Oleh itu marilah kita berselawat kepada Rasulullah SAW. Moga dengan berterima kasih terhadap pengorbanan dan tunjuk ajar baginda SAW, kita lebih ikhlas dalam berselawat. Semoga Allah SWT kuatkan juga cinta kita terhadap Rasulullah SAW yang kita semua rindui. InsyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: