Kisah disebalik pengiktirafan rawatan Islam.

Syukur Alhamdulillah, Kementerian Kesihatan akhirnya bersetuju memasukkan perubatan Islam dalam Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 ketika pembentangan bacaan kali kedua di parlimen semalam. (baca)

Disebalik kemasukkan perubatan Islam dalam Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 tersebut, terdapat beberapa usaha untuk menidakkan hak perubatan Islam sebelum ini. Beberapa individu tertinggi kementerian hampir berjaya mengeluarkan perubatan Islam dari rang undang2 tersebut. Yang dikesalkan, terdapat individu2 yang beragama Islam diantaranya. Pelbagai tipu helah yang dibuat, hinggakan pada bacaan pertama, perubatan Islam telah tidak disenaraikan.

Antara alasan yang diberi adalah kekurang bukti (evidence) saintifik pada perubatan Islam. Ini amat pelik kerana perubatan tradisional dan komplementari yang lain seperti refleksologi, akupuntur, ginseng2, akar kayu cina juga tidak mempunyai bukti2 perubatan. Nama pun perubatan tradisional dan komplementari. Jika ada bukti saintifik, jadilah ia perubatan kontemporari, bukan tradisional atau komplementari. Ini alasan yang cukup dengkel.

Syukur, terdapat mereka yang peka dengan usaha jahat itu. Mereka ini telah menyedarkan beberapa tokoh perubatan Islam, institut2 perubatan Islam, JAKIM, NGO2 dan juga parti2 politik, hinggakan wakil2 dari PAS, UMNO dan PKR telah berjanji untuk membahaskan dan menyokong isu ini di parlimen tanpa mengira perbezaan politik. (baca)

Publisiti dan tekanan tersebut telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri yang mengarahkan secara eksklusif supaya perubatan Islam dimasukkan semula, di pagi sebelum bermulanya sidang parlimen itu. Maka, menggelabahlah individu2 yang ingin mengeluarkan perubatan Islam. Secara terburu, mereka terpaksa membuat pindaan demi pindaan. Dari ingin mengeluarkan perubatan Islam, mereka terpaksa memasukkannya pula. Seperti ‘menjilat ludah sendiri’. Akhirnya, perubatan Islam dimasukkan semula dalam rang undang2 tersebut.(baca) Alhamudilillah.

Kita perlu berterima kasih kepada tokoh2 perubatan Islam, institut2 perubatan Islam, JAKIM, NGO2, media dan tokoh2 politik yang memperjuangkan isu ini. Kita perlu berterima kasih terutamanya kepada mereka yang menggerakkan dan melobi isu ini kepada pihak berkuasa. Usaha dan titik peluh mereka sangat gigih tanpa mengharap kepentingan peribadi. Merekalah tulang belakang kepada pengiktirafan perubatan Islam ini. Terima kasih dan tahniah.

Akhir sekali, ini adalah bukti pertolongan Allah SWT kepada kesucian agamaNya. Walau dalam apa sahaja keadaan, walau serumit manapun, Dialah yang menentu dan menetapkan kata putus. Tipu helah manusia yang cuba membelakangkan hak Islam akan terbongkar akhirnya. Mereka ini sudahnya akan dihina. Seperti kata rakan saya, ‘Allah SWT melindungi agamaNya, seperti Dia melindungi rumahNya dari tentera Abrahah’. Masya Allah. Allahu Akbar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: