Istidraj: Nikmat didalam maksiat

Kita sering melihat kekufuran dan kezaliman bukan sahaja tidak diturunkan balasan, malah dikurniakan pelaku2nya pelbagai nikmat.  Yang mengamalkan rasuah, terlepas dan bergembira dengan harta yang melimpah ruas. Pemimpin2 yang zalim dan pecah amanah, bertambah pengaruhnya dan mendapat pelbagai anugerah. Si kaki minum dan kaki perempuan, boleh terus berfoya2 bagaikan berada disyurga dunia.

Juga menghairankan, ujian dan musibah sering pula menimpa orang2 yang baik dan ikhlas. Yang menentang kezaliman, sempit rezekinya. Yang berhujah dengan kebenaran, dihina dicerca dan ada yang terpaksa merengkuk didalam penjara.

Ini menimbulkan pertanyaan, dimanakah keadilannya? Seolah2 digalakkan berlaku zalim untuk mendapat nikmat. Tidak hairanlah, mereka yang kufur dan zalim ini disanjungi dan menjadi ikutan masakini.

Sebenarnya, ini telah diterangkan oleh Al Quran.   Kurnia dan nikmat ini sengaja diberi untuk terus menyesatkan mereka yang kufur dan zalim, bukan atas dasar kemuliaan dari Allah SWT. Konsep ini dinamakan Istidraj.

Firman Allah SWT,

‘Dan mereka yang mendustakan ayat-ayat Kami maka Kami akan biarkan mereka sedikit demi sedikit (ke arah kebinasaan) dengan cara mereka tidak ketahui.’ Al-A’raf: 182. (klik)

Juga, Firman Allah SWT,

‘Maka ketika mereka lupa akan apa yang diingatkan denganya, kami buka semua pintu (kesenangan) untuk mereka, sehingga mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara tiba-tiba maka ketika itu mereka berputus asa.’ Al An’am: 44. (klik)

Maka, janganlah kita terpesona dengan nikmat2 yang dikecapi mereka yang kufur dan zalim,  kerana ia hanyalah sementara dan memperdaya. Janganlah pula berasa ‘tidak adil’, sedih atau hairan dengan apa yang berlaku. Allah Al-Bari’, Dia Maha Perancang.

——————————————————————

Rujukan: Tasawuf Kontemporari. Penulis: Mohammad Nidzam Abd. Kadir. Penerbit: Telaga Biru. 2010.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: