Apa reaksi kita apabila Rasulullah SAW dihina?

Solat Jumaat yang lepas, saya ke Masjid Negeri untuk menyertai perhimpunan mengecam kebiadapan rakyat Amerika yang membuat video menghina Rasulullah SAW. Seperti biasa solat Jumaat di Masjid Negeri jemaahnya ramai. Mengikut pengamatan saya, jemaahnya adalah dalam 2500 orang. Khutbah jumaat, mengenai perbelajaan dan tidak menyentuh isu video menghina Nabi SAW. Tidak mengapa, topik khutbah itu memang bagus pengajarannya. Selepas solat jumaat, dibuat solat sunat 2 rakaat untuk mendoakan kehancuran mereka yang menghina Nabi SAW. Bagus.

Perhimpunan mengecam video hina Nabi SAW diadakan sejurus selesai solat jumaat diperkarangan Masjid Negeri. Saya sedikit kecewa dengan sikap kebanyakkan jemaah. Kebanyakkan mereka hanya keluar masjid dan berlalu pergi. Mungkin toleh sekali dua, dan terus melangkah pergi ke kedai2 makan dan tempat kerja. Yang tinggal dalam 40-50 orang. Bukannya lama perhimpunan itu. Dalam 20 minit sahaja. Bukan kena merusuh atau melawan pihak berkuasa. Hanya berdiri, dengar  ucapan mengutuk orang2 yang menghina Nabi SAW dan takbir sekali sekala.

Yang mengecewakan saya adalah sikap yang ditunjukkan. Bukannya kita tidak pernah menyuarakan pendapat melalui perhimpunan. Lihatlah pelbagai jenis perhimpunan yang pernah diadakan. Kehadiran berpuluh, ada yang beratus ribu. Contohnya, Perhimpunan Sejuta Belia, Pehimpunan UMNO di Stadium Bukit Jalil,  Perhimpunan Merdeka, Perhimpunan BERSIH dll. Malah konsert2 Jom Heboh yang lansung tiada faedah menarik penyertaan yang mengagumkan. Disiarkan secara ‘live’ di television pula.

Ini Rasulullah SAW. Rasul kita. Rasul yang diambang mautnya masih memikirkan tentang kita. Ummati, Ummati.  Dimanakah maruah kita? Dimanakah Iman kita? Bukankah tak sempurna Iman jika kita tidak mengasihi Baginda SAW lebih dari orang tua kita? Dimanakah prioriti kita?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan masyarakat kita menjadi dayus. Pertamanya, adalah ‘tidak tahu’. Ini adalah mereka yang tidak peka dengan perkembangan dunia. Berita tidak sampai kepada mereka. Mereka ini kebanyakkannya tinggal di pendalaman. Sumber berita adalah TV dan surat kabar arus perdana. Media2 ini dilihat tertutup dan hanya tertumpu kepada ‘politik longkang’ (gutter politics). Siapa liwat siapa menjadi agenda berita. Jika ada berita mengenai kezaliman terhadap Ummah, hanya dipapar sekilas lalu. Tidak apalah, mereka ini duduk dipendalaman dan sumbangan mereka mungkin terhad. Tetapi, jika mereka dibuka mindanya, sekurang2nya mereka boleh berdoa. Doa mereka selalunya ikhlas.

Faktor seterusnya adalah sikap ‘tidak hendak ambil tahu’. Mereka tahu, tetapi mengambil sikap berkecuali. Golongan ini lebih mementingkan diri sendiri. Mereka ini cukup arif dalam ‘menjaga tembolong sendiri’. Selalunya, mereka ini lengkap berinformasi. Berita ada dihujung jari. Internet bukan sahaja ada dirumah, malah di talifon2 canggih mereka. Berita secara lansung, ‘real time’ katanya. Tetapi, sikap dan gerak laku ‘endah tak endah’. Asalkan sedap makan minumnya, selesa tempat tinggalnya, besar telivisionnya dan boleh melancong sekali sekala, nasib saudara tidak dikisah, maruah Nabi SAW tidak dihirau. Apa yang dirisaukan hanyalah kehilangan possesi2 yang tidak seberapa itu.  Inilah golongan pertengahan kita. Hanyut dengan cita2 dan janji2 dunia.

Anak2 muda pula sebuk bergembira. Tujuan hidup hanya untuk bergelak ketawa. Dari yang menganggur hingga ke pelajar2 universiti. Semua sudah hilang taringnya. Yang kurang sumber ekonomi akan melepak dan merempit. Yang berada, berfoya di kelab2 malam dan konsert2 artist ternama. Imej menjadi pandangan utama. Nabi SAW dihina tidak menjadi masalah bagi mereka.

Kepimpinan pula dilihat lemah. OIC seperti biasa, liat bersuara. Di dalam negara, pemerintah mengeluarkan kenyataan seperti melepas batuk ditangga. Masuk berita sehari dua, terus disenyapkan isu. Kembali cerca mencerca, agenda biasa mereka. Ketua2 agama, entah mengapa sungguh sikit bersuara. Ahli ilmuan asyik berdebat didewan2. Sebenarnya, tiada lagi forum mengenai ini yang saya ketahui. Itulah golongan pimpinan, harapan agama, bangsa dan negara.

Walaubagaimanapun, saya lihat ini perkara biasa. Selalunya, mereka yang memperjuangkan agama ini, golongannya sedikit. Dari dulu sampai sekarang. Mereka ini ikhlas dan kuat semangatnya. Yang 40-50 orang diperkarangan Masjid Negeri, walaupun sedikit, dilihat dalam penghayatan agamanya, kuat hatinya dan tinggi Sunnahnya. Semangat mereka seperti askar2 Thalut, pejuang2 Badar dan panglima2 Mu’tah. Saya berasa istimewa (privileged) berada dikalangan mereka pada hari itu.

Semoga Allah hina dan hancurkan mereka yang menghina Rasululllah SAW.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: