Sukarnya untuk ikhlas

Kita sering menyangka amalan yang kita lakukan adalah ikhlas, lebih2 lagi apabila hasilnya dapat dilihat. Maklum balas positif pastinya membuat kita bermotivasi. Penghargaan dan ucapan ‘terima kasih’ menjadi hadiah bermakna buat kita. Terutamanya, apabila dibalas dengan pujian, sanjungan, pangkat dan wang ringgit.

Namun, ujian ikhlas yang sebenar adalah bila usaha dan bakti tidak berbalas. Lebih sukar apabila ‘gula dibalas cuka’. Jasa ibu bapa dibalas kebiadaban. Suami yang berlembut, diingkari isteri. Guru yang  mengajar, dikurang ajar. Keringat pekerja,  disumpah seranah. Jemputan dakwah, dihina dan dimaki. Nasihat para alim, diketawa dan dipersenda.

Ini membuat seseorang boleh kecewa dan berputus asa. Dirasa segala doa tidak didengar. Terasa jauh dari rahmat Allah SWT.

Bila ini berlaku, kenalah kita refleksi diri. Kajilah niat dan tujuan sesuatu usaha. Betulkah objektif kita? Tujuan kita bukannya dunia. Bukan juga penghargaan manusia, jauh sekali sanjungan dan keuntungan material. Betulkan niat. Fokus untuk mencari keredhaan Allah SWT. Niat kita untuk mendekati Allah SWT, menguatkan iman dan takwa. InsyaAllah, akan ditunjukkan jalan.

Jalannya adalah sabar. Teruskan usaha dan teruskan doa. Diakui, bukannya mudah. Malah, amat sukar. Tetapi yakinlah, Allah bersama para sobirin.

‘Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar’. Al Baqarah: 153. (klik)

Golongan yang ikhlas dan sabar ini cukup mengkagumkan. Lihatlah, sabarnya seorang ketua keluarga. Juga, guru yang sungguh2 menabur ilmu, walaupun muridnya leka. Pekerja yang terus berusaha, walaupun sering dihina. Jemaah dakwah yang tak jemu2 mengajak ke jalan Allah, walaupun sering dijauhi. Tok2 guru yang istiqamah memberi nasihat, walaupun tidak diendah. Inilah betul2 ikhlas. Bukan untuk penghargaan dan kepentingan diri. Motivasi mereka adalah Allah dan hanya Allah.

Semoga Allah SWT kuatkan hati kita dalam apa2 usaha. Supaya dikurnia ikhlas yang sebenar, tanpa kepentingan diri, semata2 kerana Allah SWT. Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: