Ceteknya pengahayatan agama masakini

Penghayatan agama boleh diterjemah dengan; konsistensi, dedikasi, kekusyukan dan pengorbanan beragama seseorang. Penghayatan agama masa kini dilihat sudah menjadi cetek dan superfisial. Kata-kata jarang dibuktikan dengan perbuatan. Adakalanya, agama menjadi senda gurau pula.

Saya kagum dengan umat-umat terdahulu. Walaupun serba kekurangan, mereka tekun dan konsisten beragama. Bukan sahaja kekurangan dari aspek ekonomi dan pemilikan material, sumber rujukan agama juga terhad. Jumlah Al-Quran dan kitab-kitab tercetak amatlah limited. Sekolah, madrasah dan universiti tidak banyak. Hingga ada dikalangan mereka yang  terpaksa merentas lautan  untuk menimba ilmu.

Kita, orang sekarang cukup bertuah. Al-Quran, terjemahan dan kitab rujukan bermacam rupa, warna dan gaya. Setiap rumah pasti terdapat bukannya satu atau dua, tetapi beberapa.  Sekolah dan universiti bercambah-cambah.  Ahli agama bukan calang-calang,  sudah banyak doktor dan professor. Sumber rujukan amatlah mudah. Buka sahaja computer, semua dihujung jari.

Tetapi, mengapa dengan segala sumber dan nikmat, penghayatan kita masih cetek?  Situasi ini cukup ironik. Logiknya,  kita lebih baik dari orang terdahulu.

Kunci pertama adalah keikhlasan hati. Di dalam ikhlas tidak ada kepentingan diri. Segalanya kerana Allah SWT. Tidak hairanlah orang-orang dahulu sanggup berkorban kerana agama. Ilmu agama walau sedikit manapun akan dipegang sekuat-kuatnya, seperti tali simpulan yang tidak akan renggang.

Lain dengan apa yang yang kita amalkan. Kita lalai. Penterjemahan agama kita lebih tearah kepada agenda populist, yakni budaya menunjuk. Tahap ikhlasnya rendah. Kita lebih menekankan acara-acara keramaian dan majlis (ceremonial).  Majlis akikah, majlis kahwin, sambutan maulidir Rasul, solat sunat hari raya, kenduri arwah dan sebagainya. Bukan tidak boleh, tetapi apabila solat berjemaah pun sukar, mana ikhlasnya acara-acara ceremonial ini. (Teguran ini terutamanya untuk saya).

Niat kita pula tertumpu kepada kepentingan duniawi. Kepentingan ekonomi, kerjaya, pengaruh, politik dah sebagainya. Hingga ada diantara kita yang sanggup mempersembahkan waraknya sesama manusia kerana mengejar kepentingan duniawi. Janganlah kita menjadi mereka yang menjual agama dengan harga yang rendah.

Kunci kedua adalah iman. Iman adalah membenarkan kepercayaan dengan hati, diakui dengan lisan dan diterjemahkan dengan perbuatan. Kita perlu benar-benar yakin – Allah sedang melihat dan malaikat-malaikat sedang mencatat amalan kita. Yakin dengan ajaran kitab-kitab suci dan contoh para rasul sebagai panduan kesejahteraan didunia dan akhirat. Begitu juga hari pembalasan dan kada’ dan kadarNya.  Jika hati kita yakin betapa ‘real’nya perkara=perkara yang ghaib ini, tentunya kita akan berasa takut dan sentiasa membuat kebaikan. Hasilnya, agama diterjemah dengan gerak laku yang mampan. Kecetekan penghayatan masa kini hanyalah refleksi kelemahan iman kita semua.

Disimpulkan bahawa, penghayatan agama berkadar lansung dengan ikhlas dan iman.  Ikhlas dan iman ini berunsur rohaniah dan berkisar dengan kesucian hati. Tiada kayu ukur yang nyata (tangible) baginya. Ia tiada hubung kait dengan kuantiti ilmu seseorang, jauh sekali possesi duniawi. Ia adalah kurnia dari Allah SWT. Maka marilah kita berdoa, semoga Allah SWT memberi hidayah dan memperkuatkan ikhlas dan iman kita semua. Amin.

—————————————————————————————

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa beberapa orang sahabat telah datang kepada Baginda SAW dan bertanya: Kami mendapati didalam hati kami terdetik pemikiran-pemikiran yang kami rasakan hina untuk diperkatakan. Baginda SAW bersabda: Apakah benar apa yang kamu rasakan? Mereka menjawab: Benar. Bersabda Nabi SAW: Sesunggunya itulah buktinya iman. (HR Bukhari)

Keterangan: Maksud kepada hadis diatas ialah; hanya pada perkara-perkara yang terlintas di dalam hati sahaja pun kamu merasa sedih, kamu tidak tergamak untuk melafazkan dalam bentuk ucapan, apa lagi untuk meyakini didalam hati kamu, jauh sama sekali. Inilah yang dimaksudkan kesempurnaan Iman. (Imam Nawawi)

(Hadis dipetik dari buku Muntakhab Ahadith, susunan Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi)

—————————————————————————————-

Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah, ayat 284 (klik):

 ‘Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: