Sopan Santun

Masyarakat negara kita, khususnya yang berbangsa Melayu terkenal dgn sifat lemah lembut, bersopan santun dan baik budi perkerti. Nilai2 ini amat  selari dgn anjaran agama Islam. Mungkin inilah faktor utama transisi penerimaan Islam yg baik di tanah dan kepulauan Melayu dahulu kala.

Sifat2 baik ini banyak disarankan di dalam Al Quran.  Antaranya, di Surah Al Isra’ ayat 53, Allah SWT berfirman:

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.

Disini kita bukan sahaja kita disarankan supaya bersopan santun sesama sendiri, malah juga kepada orang2 yg tidak beriman.

Malangnya, seruan Al Quran sering kita lupakan. Lihatlah, makin meningkat berita2 mengenai kebiadapan pekerti masyarakat kita. Kisah2 anak derhaka, ibu bapa terbiar, suami seksa isteri, isteri ingkar dan sebagainya, sudah bagaikan norma kehidupan. ‘Berbudi bahasa amalan hidup kita’ tinggal slogan sahaja.

Diperingkat kepimpinan dan politik, keadaannya lebih parah.  Cemuh-mencemuh, fitnah-menfitnah dan aib-mengaib  menjadi prosedur tetap politik kita. Bukan itu sahaja, para alim ulama juga diseret bersama. Diseret pula ayat2 Al Quran dan As Sunnah agar menguatkan hujah. Hasilnya, sesat-menyesat dan  ‘kafir-mengkafir’. Ini tanpa disedari telah merendahkan martabat institusi Islam di negara. Lihatlah sekarang, mudah sahaja kaum2 tidak beriman bersyarah, seolah2 mereka pula ahli syariah.

Media pula bagaikan batu api. Segala bentuk; television, radio, media cetak dan juga elektronik.  Masyarakat keliru, yang mana hak, yang mana bathil, yang mana benar, yang mana fitnah. Benarlah kata2 Dr. Maza, “Politik kita memang carca marba”.

Bermanis bahasa, sopan dan santun ini, sedar atau tidak, mempunyai muka buruk yang lain.  Apa yang dimaksudkan adalah sikap2 ini hanya dipersembahkan secara selektif kepada orang2 tertentu. Kebiasaannya,   kepada mereka yg lebih tinggi statusnya. Memang sopan kalau mengadap raja, pemimpin atau bossnya. Setiap perintah dipatuhi. Kedang kala lebih dari taat kepada Nabi. Yang dibawah, orang2 miskin, tidak dihirau, dihina malah diherdik.

Lagi tinggi statusnya, lagi besar sombong dan takaburnya. Ingatlah, setinggi mana kita didunia, kita masih wajib menyembah bumi. Kereta import akan menjadi besi buruk. Isteri yang cantik akan menjadi tua. Baju designer akan menjadi kain buruk. Makanan yg sedap pasti akan menjadi najis. Nilai dunia akan sentiasa luput.

Contohilah Nabi kita SAW.  Baginda SAW rahmat seluruh alam, disanjung melangit oleh para sahabat. Tetapi, tiada sesaat pun membesar diri. Sentiasa berkata baik dan ikhlas budi pekertinya. Sentiasa menolong org yang susah, dari si badwi hingga ke ahli suffah. Renunglah kisah pembantu Nabi SAW, Anas bin Malik r.a yang meriwayatkan:

“Aku berkhidmat kepada Rasulullah SAW di Madinah selama sepuluh tahun. Aku seorang yang belum dewasa , sebab itu layananku tidak sesuai dengan kesukaannya. Meskipun begitu tidak pernah Nabi SAW berkata ‘uff’ kepadaku atau ‘kenapa buat begini?’ atau ‘kenapa ini tidak dibuat?’ (HR Abu Daud).

Siapakah kita untuk berasa besar dan berkata kesat? Renung-renungkanlah.

Sebagai penutup, sudah disarankan supaya kita berkata baik dan bersopan santun sesama sendiri. Jauhkan diri dari sifat2 buruk dan berpura2. Tidak perlu ilmu yang tinggi. Kuncinya ikhlas. Jika hati ikhlas tentu amal terarah kepada kebaikan pekerti. Kita kembali kepada Al Quran dan As Sunnah, Allah akan memberi hidayah. InsyaAllah.

——————————————–

Kisah penuh Anas bin Malik r.a (klik)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: