Sikap Terhadap Hadis Palsu

Terdapat beberapa perkara yang perlu saya jelaskan sebelum saya mengutarakan pendapat tentang isu hadis palsu. Pertama, artikel ini bukanlah bertujuan untuk menonjolkan atau menyenaraikan hadis-hadis palsu. Kedua, ia bukannya untuk mengkritik, jauh sekali untuk menghina para ahli hadis. Tujuan utama artikel ini adalah untuk meminimumkan kekeliruan dan keraguan, terutamanya kepada golongan seperti saya yg dahagakan ilmu tetapi tidak mempunyai latar belakang agama yang kuat.

Terdapat beberapa ketika, sewaktu saya mengikuti kuliyah hadis dan ceramah agama, penceramah ada mengutara beberapa hadis palsu dan kitab yang memuatkan hadis-hadis ini. Ada kalanya, penceramah begitu tegas dengan menggunakan nada yang keras. Disimpulkan bahawa isu hadis palsu ini adalah serius. Tetapi ia juga sedikit sebanyak menimbulkan keraguan kepada mereka yangg tidak mempunyai kepakaran menentukan kesahihah hadis, terutamanya ketika membuat pembacaan sendiri.

Kitab yang sering menjadi sasaran adalah kitab Ihya Ulum ud-Din dan Fadhilat Amal. Mengikut ahli hadis terdapat beberapa hadis palsu yang dimuatkan didalam kitab ini. Bukan saya ingin membangkang fakta ini. Saya percaya, pasti ada basisnya.

Apa yang dikesali adalah kesan negatifnya, yakni dgn wujudnya tuduhan-tuduhan liar terhadap pengarang dan pembaca kitab-kitab tersebut. Hinggakan, ada yang mengkafirkan Imam Al-Ghazali dan menuduh jemaah tabligh sebagai sesat. Selalunya golongan yang membuat tuduhan ini bukanlah mereka yang ahli. Dilihat juga, golongan ini adalah mereka yang mudah teruja dan suka perbalahan. Malah, kebanyakan dari mereka tidak pernah pun membuka kitab Ihya ataupun Fadhilat Amal.

Saya ada memiliki kitab Ihya Ulum ud-Din (versi terjemahan Inggeris) dan ada juga membaca kitab Fadhilat Amal di masjid-masjid. Saya boleh simpulkan bahawa, isi kandungan kitab-kitab ini adalah baik dan amat berguna. Seperti buku-buku agama lain,  kitab-kitab  ini mempunyai nilai (value) yang tinggi sebagai panduan dan aspirasi kearah kebaikan. Janganlah kerana beberapa hadis palsu kita tolak keseluruhan isinya. Tidak ada buku yg sempurna melainkan Al-Quran.

Pendekatan yang lebih produktif adalah pendekatan bertanggungjawab. Ilmu adalah antara kurnia yang akan dihisab kelak. Janganlah kita termasuk diantara mereka yang hanya pandai menuduh, menghina dan mempersenda untuk lari dari tanggungjawab.

Harapan saya adalah supaya pakar-pakar dan pihak berkuasa (authority) hadis dapat membuat revisi dan semakan kepada kitab-kitab tersebut. Lebih baik lagi, jika pakar-pakar ini dapat menambah muat input-input yang bersesuaian dgn lingkup masa dan demographic kita. Setelah usaha ini selesai, bolehlah di kita cetak (publish) edisi telah disemak (revised edition). Ini bukan saja dapat menyelasaikan kekeliruan, keraguan dan tuduhan-tuduhan liar, malah ia juga dapat menghasilkan sumber-sumber rujukan yang mantap.

Akhir kata, walaupun ada segelintir mereka yang mengambil isu ini sebagai titik perbalahan, saya percaya jika ditangani dgn bijaksana, ia dapat memberi lebih kebaikan dari keburukan. InsyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: