Setiap amal bergantung kepada niat

Assalamualaikum Warahmatullah.

Innama a’malu bin niat. ‘Sesungguhnya setiap amal bergantung keapada niat…’ (HR Bukhari). Hadis penuh disertakan dibawah.

Kita sering mendengar hadis di atas. Malah kebanyakan buku dan kuliyah hadis memulakan syarahan mereka dengan hadis ini. Ini kerana, niat adalah asas kepada segala gerak amal kita. Tambahan pula, setiap amal kita akan dihisab berdasarkan niat.

Bukanlah niat saya untuk menafsirkan hadis ini. Lebih2 lagi, dengan ilmu yang cetek, tidaklah layak untuk saya memberi ceramah mengenai hadis. Tujuan saya disini, utk mengingatkan diri saya supaya sentiasa membetulkan niat, terutamanya dalam  memulakan blog ini.

Saya ada sedikit sebanyak mengikuti kuliyah hadis, terutamanya melalui ceramah yang di download dan di youtube. Setakat ini, inilah kaedah yang sistemetik yang mampu saya lakukan dalam keadaan logistik saya.

Saya bersyukur, kuliyah2 hadis yang saya ikuti banyak memberi kewarasan pemikiran. Saya akui bukan semua pengajaran yang mampu saya tangkap. Walaubagaimanpun, dengan mengikuti kuliyah2 ini saya dapat mengambil cebisan2 (snippets)  pengajaran dari contoh2 dan penjelasan yang diberi.

Sebagai contoh, dalam kuliyahnya, Sheikh Husain Abdul Satar dari www.sacredlearning.org, dalam perbincangan hadis diatas, beliau memberi contoh harian yang sangat mudah dan terang. Menurut beliau, amalan yang simple seperti mengosok gigi sebelum sembahyang dengan niat yang ikhlas,  adalah jauh lebih baik dari sedekah bermillion2 dgn niat untuk riyak. Dengan refleksi ikhlas, contoh semudah ini dapat memberi kesan mendalam dalam niat dan amal seseorang.

Saya juga tertarik dgn kata2 Prof. Tariq Ramadan semasa forum Rethinking Islamic Reform (click disini). Beliau memulakan hujah beliau dalam topik tajdid/ reform/ renovate yakni pembaharuan Islam, dgn bertanya apakah niat (intention) pergerakan ini? Beliau mengambil contoh bahawa ilmuan dahulu meletakkan niat mendekatkan diri kepada Allah dan menguatkan Iman dan Takwa sebagai asas dalam usaha2 mereka, seperti dalam menafsirkan Al-Quran dan perbincangan hukum Fiqah.  Ini membuatkan saya berfikir tentang usaha2 saya yang tidak seberapa, yang majoritinya berkaitan dgn aspek keduniaan semata.

Maka saya beharap dan menasihati diri saya agar sentiasa memeriksa dan membetulkan niat dalam usaha blog ini. Semoga ia tidak tertumpu dgn populariti, perdebatan yg sia2 dan sebagainya. Saya menyeru para pembaca memberi teguran jika saya dilihat terpesong dari niat yang baik.

Semoga blog ini memberi kebaikan kepada saya dan juga pembaca.

Sekian, Terima Kasih

Faizal A. Rahman

————————————————————————————————

Dari Umar r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

“Asas kesemua amalan adalah bergantung kepada niat. Seseorang itu hanya akan mendapat apa yang telah dia niatkan.

Maka sesiapa yang telah berhijrah kerana Allah Ta’ala dan RasulNya (dan tidak mempunyai tujuan lain); maka hijrahnya itu untuk Allah dan RasulNya (yakni dia akan mendapat pahala hijrahnya)

Dan sesiapa berhijrah kerana tujuan keduniaan atau untuk menikahi mana-mana wanita (hijrahnya bukan kerana Allah dan RasulNya bahkan) atas tujuan apa dia berhijrah yang selain dari itu, [disisi Allah juga] sebagaimana yang ia niatkan” (HR Bukhari)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: