Janji Demokrasi

Perhimpunan Janji Demokrasi pada ambang merdeka baru2 ini mengingatkan saya tentang janji2 demokrasi dunia barat kepada dunia Islam. Bukan disebabkan perhimpunan menentang ketidak-adilan sistem  pilihan raya di dataran merdeka, tetapi slogan ‘Janji Demokrasi’ itu yang mencetuskan ingatan saya.

Dunia barat sering mengunakan demokrasi sebagai janji manis kepada umat Islam. Kononnya, demokrasi dapat mengeluarkan umat Islam dari ‘kegelapan’. Kosnya besar. Lihatlah beratus-ribu insan telah terbunuh contohnya di Iraq dan Afghanistan.

Semua sedia tahu punca utama penaklukan kedua negara tersebut adalah minyak. Jikalah demokrasi yg cuba dibawa, dimanakah demokrasi Iraq dan Afghanistan sekarang? Bukankan kedua negara ini masih bergolak. Pilihan raya yg diadakan (atas pemantauan barat) juga menimbulkan banyak kekhuatiran.

Dan, bukankan Iraq dibawah Saddam Hussein sebuah negara yang pernah di iktifar ‘demokrasi’? Barat bukan sahaja menyokong tetapi pernah menjadi sekutu kuat beliau. Cuma, apabila tiada lagi kepentingan buat mereka, demokrasi Iraq tiba2 tidak boleh diterima lalu diserang. Ini juga yang berlaku kepada Gadaffi dan Libya.

Satu lagi modus operandi barat ialah membiarkan saja ‘diktator2’ lain berkuasa di negara masing2. Mereka kemudiannya mempengaruhi penduduk negara tersebut dengan janji2 demokrasi. Lihat saja di Tunisia, Bahrain, Mesir dan sekarang di Syria. Mengapa barat tidak melakukan serangan militari utk menjatuhkan diktator2 tersebut? Dibiarkan pula. Bukankan ini satu penipuan dan hipokrasi? Semua negara ini sudah tidak setabil (kecuali Mesir yg menampakkan potensi) dan porak peranda. Berlumba2 lah puak2 barat kononnya ingin menolong. Hakikatnya, mereka hanya ingin mencari kepentingan ekonomi semata2.

Saya seperti ramai antara kita, telah muak dengan janji demokrasi barat ini. Ada artikel yg saya pernah terbaca, menyamakan kita seperti keldai yang dikemudi dgn gantungan lobak merah, dimana lobak merah itu adalah janji2 demokrasi barat. Inilah hakikat dan kaedah kontemporari dalam usaha penjajahan moden mereka.

Kita perlu mengambil iktibar dari apa yang telah dan sedang berlaku. Bukanlah saya ingin menkritik mereka yg berusaha menegakkan keadilan pilihan raya dinegara kita.  Cuma ingin menimbulkan persoalan, adakah kita sedang dimainkan seperti saudara kita di timur tengah? Adakah pihak barat sedang menutup sebelah mata pada kezaliman demokrasi neegara supaya kita terpaksa memberontak? Jika inilah apa yang berlaku, janganlah pula kita melutut untuk merayu kepada barat nanti. Percayalah mereka sedang menunggu. Menunggu untuk mengambil kesempatan. Wallahu alam.

Akhir kata, benarlah sabda Nabi S.A.W yang berbunyi “Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka….” (HR Abu Daud).  Hadis penuh disertakan dibawah.

————————————————————————————————————–

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya  “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita SAW nenjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. (HR Abu Daud)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: