Pendahuluan

Assalamualaikum Warahmatullah,

Penulis bernama Faizal A. Rahman. Dilahirkan pada September 1976. Mendapat pendidikan menengah di Kolej Melayu, Kuala Kangsar dan melanjutkan pelajaran ke University of Adelaide, Australia di dalam bidang perubatan dan surgeri. Ketika ini menetap di Kuantan, Pahang. Penulis aktif dalam bidang penulisan dan mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam mengendali beberapa websites sebelum ini.

Tujuan blog ini ditubuhkan ialah untuk mengisi kekosongan arus pemikiran rasional di dalam masyarakat Malaysia masa kini. Sedar atau tidak, masyarakat kita diselubungi huru-hara keduniaan yang ekstrem; dari aspek kekeluargaan, kemasyarakatan, keagamaan, budaya, politik, ekonomi, gaya hidup dan sebagainya. Penulis berharap dapat menyumbang idea dan memberi sedikit kewarasan (sensibility) dalam menghadapi situasi ini.

Penulis yakin ramai dikalangan kita yang sependapat dan sehaluan dengan penulis. Buktinya, bertambah popularnya rancangan keagamaan di television dan radio. Ceramah tokoh2 ulama menjadi ikutan dari masjid hingga ke internet. Program2 motivasi bercambah2, seperti cendawan selepas hujan. Diharap dengan berkembangnya ilmu2 ini, para pembaca turut dapat memberi buah fikiran dan komen juga teguran jika ada salah dari pihak penulis.

InsyaAllah, penulis juga akan menjemput beberapa individu untuk turut munyumbang dan berkongsi penulisan dan buah fikiran mereka.

Sekian, Terima Kasih.

Faizal A. Rahman

nota: Para pembaca akan menyaksikan beberapa evolusi pada ‘layout’ dan gaya blog ini. Ini kerana penulis masih baru mengunakan wordpress. Sebelum ini penulis ada mengendalikan beberapa websites/ blogs tetapi mengunakan platform yang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: