Memberi makan kepada fakir miskin

Setiap kita (muslim) pasti pernah merasa lapar dan berkehendakkan makanan. Setiap tahun kita berpuasa, sebulan (Ramadhan) lamanya.

Selain taat pada perintah Illahi, puasa juga adalah latihan untuk kita merasa kepayahan fakir miskin.

Seharian kelaparan, alangkah gembiranya hati apabila diberi rezeki  ketika berbuka. Terasa nikmat apabila perut yang kosong diisi makanan.

Latihan berlapar dan nikmatnya berbuka ini hendaklah diinsafi dan diterjemahkan didalam kehidupan seharian, sepanjang tahun.

Kita sentiasa sahaja berselisih dengan fakir miskin dalam kehidupan seharian. Peminta sedekah, mereka yang merempat di kaki lima dan orang kurang siuman  ada di mana-mana sahaja. Jangan dilupa ahli keluarga dan sabahat handai yang tidak berkemampuan. Dikala kita bergembira dengan rezeki yang Allah beri, ingatlah mereka ini sedang berlapar.

Inilah peluang membuktikan nilai Ihsan kita. Apa salahnya jika dibeli sebungkus nasi untuk mereka yang merempat? Apa salahnya dihulurkan sedikit wang kepada peminta sedekah? Dan, apa salahnya kita memberi wang (yang sememangnya hak mereka) kepada saudara dan rakan kita yang miskin?

Ingatlah, rezeki kita Allah yang beri. Allah berfirman,

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “. Al-Qasas 28:77 (klik)

Maka, marilah kita insaf akan bagaimana lapar dan inginnya mereka (fakir miskin) kepada sesuap makanan. Gembirakanlah mereka dengan sedikit rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.

InsyaAllah, rezeki kita akan diberkati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers

%d bloggers like this: