e8d0d-ikhlas-inside-pentium-3

Semenjak 10 tahun yang lalu, politik Malaysia dibayangi isu-isu agama. Antaranya adalah Kalimah Allah, Injil Bahasa Melayu, Hudud, sentuh anjing, Syiah, Wahabi, penganut Buddha masuk surau, orang Islam masuk Gereja dan Kassim Ahmad. Politik begini memualkan dan tidak mendatangkan faedah. Ia membantutkan perkembangan pemikiran dan memesongkan fokus kepimpinan negara daripada tanggungjawab sebenar, iaitu pentadbiran, pengurusan […]

20sen

Buat sekalian kalinya, subsidi petrol dipotong – kali ini, sebanyak 20 sen – pada minggu lepas (2 Oktober 2014), beberapa hari sebelum Hari Raya Haji, 1435 Hijrah. Dengan demikian, harga petrol RON 95 yang dahulunya RM 2.10 naik kepada RM 2.30 se-liter. Penurunan subsidi yang menaikkan harga minyak ini adalah satu keputusan yang sukar buat […]

BzHX2gcCEAEAgzS

Selamat Hari Raya Idul Adha 1435 Hijrah. Semoga Pengorbanan, Kesabaran & Amal Ibadah kita diterima Allah. Amin..

Tunku_abd_rahman

Secara luaran, hubungan antara kaum di negara kita tampak baik. Tiada rusuhan dan rakyat tenang menjalankan kegiatan harian. Setiap kali perayaan, pemimpin pelbagai bangsa raya bersama. Negara dipromosi sebagai berbilang budaya. Di dada-dada iklan, model-model jelita pelbagai kaum berpakaian tradisional segak beratur sambil tersenyum mendepa tangan mengalu-alukan kehadiran pelancong asing. Imej toleransi yang ditonjolkan sangat […]

johor malaysia flag

Rang undang-undang (RUU) penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang membuka laluan kepada penglibatan Sultan Johor dalam pentadbiran negeri, telah pun diluluskan (semalam). Menjelang pembentangan RUU tersebut, hingga ke hari ini, isu penglibatan Istana dalam pentadbiran Negeri, hangat dibincangkan. Ia dicetuskan oleh kebimbangan Tun Mahathir akan kemungkinan terdedahnya institusi Raja kepada kritikan. Beliau juga […]

tejaea6

‘Ketuanan Melayu’ adalah candu pemikiran yang menyuntik keyakinan palsu kepada orang Melayu. Ia hanyalah khayalan atau delusi, yakni kepercayaan songsang yang tidak berpaksikan kebenaran. Hakikatnya, orang Melayu tidak pernah menjadi ‘tuan’ di negara ini. Sejak dari zaman penjajah, ke pasca merdeka, hingga kini, orang Melayu diperkudakan pemerintah, baik penjajah, mahupun pemimpinnya sendiri. Kehidupan orang Melayu […]

Johara-Pagi-Era

Radio sudah menjadi sebahagian dari hidup kita. Bicaranya menjangkaui segenap lapisan masyarakat. Ke mana sahaja seseorang pergi, pasti akan kedengaran radio. Restoran, gedung beli-belah, pejabat, lapangan terbang, stesyen bas – di mana-mana sahaja. Di kota, tatkala terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, radio-lah menjadi teman hati. Radio kebelakangan ini dipenuhi lawak murahan. Dengarkan stesyen radio perdana […]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 212 other followers